Kerja-kerja mengemas termasuk menyusun semula barang yang dibiarkan penuh dalam 300 troli di Pasaraya Econsave Pontian selesai jam 8 malam.
Pengurus Operasi Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam berkata, sebaik sahaja orang ramai mula bersurai bermula kira-kira jam 2 petang, pekerja sibuk memulakan tugasan mengemas pasar raya.
Semalam, Pasaraya Econsave Pontian diserbu hampir 1,000 orang bermula jam 10 pagi berikutan berita tular palsu berkenaan kehadiran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Mas Imran berkata, satu laporan polis turut dibuat petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.
Tambahnya lagi, pihak pengurusan pasar raya terpaksa menambah pekerja bagi melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengemas barang.
“Bagi pekerja yang pulang jam 5 atau 6 petang semalam, mereka diberi tawaran untuk lakukan kerja lebih masa memandangkan pasar raya perlu dibersihkan dan barang dalam troli perlu disusun semula.
“10 pekerja ditambah bagi membantu kerja-kerja yang dilakukan sehingga jam 8 malam,” katanya ketika dihubungi.
Mas Imran memberitahu, pihak pasar raya terpaksa menanggung kerugian berikutan terdapat banyak bekas minuman yang kosong ditinggalkan dalam kawasan pasar raya.
“Pihak pengurusan pasar raya berharap kejadian seperti semalam tidak berlaku lagi,” katanya.
Sementara itu tinjauan Sinar Harian di Pasaraya Econsave Pontian pagi tadi mendapati suasana tenang seperti biasa.
Sinar Harian
Fri Apr 13 2018
Pekerja sedang sibuk mengemas semula barang yang diletakkan dalam troli oleh orang ramai selepas tersebarnya berita palsu mengenai kehadiran TMJ semalam. - Foto Sinar Harian
'Minggu penuh bermakna dan produktif buat Malaysia' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tempoh sepanjang minggu ini sebagai penuh bermakna dan produktif buat Malaysia.
Tidak adil pekerja lama tanggung kos - Pakar
Sementara itu, pakar sumber manusia, Faizal Ridzuan berkata majikan perlu memastikan kebajikan pekerja lama yang telah berkhidmat bertahun-tahun tetap terbela, terutamanya apabila mereka menghidap penyakit khidmat akibat tugas harian mereka.
Majikan perlu bela pekerja B40
Kos rawatan hospital yang terus melonjak menekan pekerja swasta, terutama golongan B40.
Faizal Ridzuan, pakar sumber manusia, menggesa majikan dan kerajaan bertindak segera untuk melindungi golongan terhimpit ini dengan dasar dan inisiatif lebih proaktif.
Faizal Ridzuan, pakar sumber manusia, menggesa majikan dan kerajaan bertindak segera untuk melindungi golongan terhimpit ini dengan dasar dan inisiatif lebih proaktif.
Serah polis siasat kes anak, kata Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes ugutan jenayah yang didakwa melibatkan anaknya.
Beliau menegaskan bahawa semua rakyat Malaysia, termasuk anaknya, tertakluk kepada undang-undang dan tidak kebal daripadanya.
Beliau menegaskan bahawa semua rakyat Malaysia, termasuk anaknya, tertakluk kepada undang-undang dan tidak kebal daripadanya.
Tindakan Ronaldo tular, terima pujian peminat
TINDAKAN Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan dengan sikap terpujinya ketika menghadiri Anugerah Bola Sepak Globe di Dubai baru-baru ini.
Perkembangan banjir di Johor
Perkongsian secara langsung dari Kota Tinggi oleh wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqiela Omar mnegenai perkembangan banjir yang semakin buruk di negeri itu.
UM tutup dua premis 24 jam didakwa jual sandwic diragui halal
Universiti Malaya (UM) menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal.
Penggunaan kod QR diperluas ke seluruh lapangan terbang negara ini
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keutamaan akan diberikan kepada lapangan terbang antarabangsa seperti Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan Langkawi.
“Saya fikir dan dengar semua pandangan” - PM
Perdana Menteri berkata beliau mengambil pertimbangan pandangan untuk setiap projek #AWANInews
Beri tumpuan projek utama yang ganggu keselesaan dan keselamatan rakyat - Anwar
Perdana Menteri menyeru seluruh kementerian dan kakitangan kerajaan untuk memberi tumpuan pada projek utama.
“Jika kita terpaksa potong peruntukan-peruntukan lain termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita akan lakukan untuk menumpukan projek utama yang mendesak dan menganggu keselesaan dan keselamatan rakyat” Katanya #AWANInews
“Jika kita terpaksa potong peruntukan-peruntukan lain termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita akan lakukan untuk menumpukan projek utama yang mendesak dan menganggu keselesaan dan keselamatan rakyat” Katanya #AWANInews
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Lari rumah kerana dimarahi bapa, diganggu rakan sekelas
Dua pelajar lelaki pasangan adik-beradik yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk ke sekolah Isnin lalu ditemui selamat awal pagi tadi.
Kerja mengemas di Econsave selesai 8 malam
Kerja-kerja mengemas termasuk menyusun semula barang yang dibiarkan penuh dalam 300 troli di Pasaraya Econsave Pontian selesai jam 8 malam.