KUALA LUMPUR: Mengagumi inisiatif berjalan kaki di kawasan kejiranan di peringkat antarabangsa - Jane's Walk - memberi ilham kepada dua sahabat untuk menubuhkan projek "Kerja Jalan" bagi menggalakkan aktiviti serupa dalam kalangan masyarakat.
Projek itu dimulakan oleh Yasmin Lane, 34, dan Awatif Ghapar, 33, pada Mei 2019 selepas menyedari terdapat keperluan untuk mempunyai bandar mesra pejalan kaki agar masyarakat mempertimbangkan aktiviti berjalan kaki sebagai pilihan mobiliti biasa.
"Dengan berjalan kaki, kita dapat melihat dan memahami bandar dan kawasan setempat dengan lebih baik sekali gus mempertimbangkan fungsinya selain dapat mengetengahkan pendekatan kritikal dan kesedaran kepada pembangunan kawasan bandar," kata Yasmin kepada Bernama.
Pada masa sama, lulusan Ijazah Sarjana Urbanisme Lestari dari University of College London itu berkata, penubuhan Kerja Jalan juga bertujuan memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan aktiviti berjalan kaki demi gaya hidup sihat.
"Walaupun sekadar 10 hingga 15 minit, berjalan boleh memperbaiki kesihatan fizikal dan mental, selain memberi kesan positif terhadap otak. Mulakan secara kecil-kecilan, jalan selama 10 hingga 15 minit setiap pagi atau petang dan cuba cari sebab untuk berjalan, contohnya untuk ke kedai berhampiran, makan roti canai atau jika tidak boleh berjalan dari rumah, lakukannya di taman berdekatan," katanya.
Menurut Yasmin, kebanyakan bandar di negara ini dibina berpandukan keperluan kenderaan persendirian sementara keperluan pejalan kaki dikemudiankan berikutan penggubal dasar dan pembuat keputusan tidak memahami kehidupan pejalan kaki yang memerlukan persekitaran selamat, selesa dan terpelihara daripada sebarang elemen berbahaya.
Katanya, dalam hierarki penggunaan jalan, pejalan kaki sepatutnya berada dalam keutamaan yang paling tinggi, namun perkara ini masih jarang berlaku, kerana pejalan kaki perlu melalui kesesakan lalu lintas untuk melintas jalan disebabkan kekurangan kemudahan pejalan kaki.
"Jalan penyelesaiannya ialah kita memerlukan lebih banyak pelan yang didasar dan dirancang oleh kumpulan yang secara realitinya berjalan secara harian atau kerap. Kita mestilah memikirkan perjalanan yang menyeluruh dari pintu ke pintu dan kekangan pejalan kaki seperti ibu bapa bersama anak kecil yang perjalanan mereka melibatkan pengangkutan bas, tren atau basikal," katanya.
Bagaimanapun, Yasmin berkata, bandar raya besar seperti Kuala Lumpur sudah ada menyediakan kemudahan khas untuk mereka yang berjalan kaki selain memperkenalkan kosa kata yang betul bagi papan tanda, bollard dan kaki jalan contohnya di Brickfields dan Wangsa Maju.
Bagi Awatif pula, Kerja Jalan yang telah menjalankan lebih 30 aktiviti berjalan kaki di seluruh negara, juga bertujuan mengubah pemikiran masyarakat agar tidak hanya memikir berjalan kaki ketika melancong atau mengunjungi tempat yang unik sahaja.
" ... tetapi dengan berjalan kaki di persekitaran kita sendiri, kita boleh melihat dan menyedari keunikan dan perbezaan di kawasan tersebut, yang mungkin selama ini kita terlepas pandang kerana selesa menaiki kereta. Contohnya, kedai runcit yang sekian lama sejak zaman kanak-kanak, laluan pejalan kaki di sekitar sekolah, taman permainan berhampiran, pusat kitar semula dan sebagainya," katanya.
Justeru, Awatif berkata, pada masa hadapan, pihaknya berharap dapat bekerjasama atau berkongsi pandangan dengan kerajaan, badan korporat, pemaju, pihak berkuasa tempatan, mahupun pertubuhan bukan kerajaan dalam memberikan pandangan dan idea mengenai kepentingan bandar mesra pejalan kaki.
"Kami juga berhasrat untuk menyebarkan kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab dalam membentuk bandar dan tempat tinggal pada masa akan datang kerana pemikiran dan cetusan idea harus bermula dari sekarang.
"Adalah penting bagi mereka untuk memahami dan mencorak ekosistem bersesuaian dengan keperluan mereka, daripada hanya menerima dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia terbina," katanya sambil menyatakan Singapura ialah contoh negara di rantau Asia Tenggara yang terbaik dalam menyediakan kemudahan pejalan kaki.
Awatif berkata, pihaknya juga bercadang untuk mengadakan aktiviti berjalan kaki di Lembah Klang pada 20 Mei ini sempena Festival Jane's Walk, dan sebarang maklumat dan kemas kini, boleh dirujuk dan hubungi media sosial Instagram Kerja Jalan atau e-mel ke kerjajalanmy@gmail.com. - BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Kerja Jalan bertujuan memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan aktiviti berjalan kaki demi gaya hidup sihat. - Gambar Instagram @KerjaJalan
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
"Kerja Jalan" galak aktiviti berjalan kaki di bandar
Kerja Jalan bertujuan memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan aktiviti berjalan kaki demi gaya hidup sihat.