IPOH: Berbusana tradisional daripada pelbagai kaum serta etnik serta ‘berjoget lambak’ dengan berlatarbelakangkan lagu-lagu rakyat antara pengisian program Keretapi Sarong 2023 yang diadakan di sini, pada Sabtu.
Acara ‘flash mob’ atau persembahan kilat berkumpulan yang dianjurkan bersempena dengan Hari Malaysia itu disertai lebih 500 peserta daripada pelbagai usia dan latar belakang bangsa.
Malah, program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), LOCCO dan Kelab Sosial Ipoh (ISC) yang mengangkat tema 'etnik' itu turut berjaya mengumpulkan peserta dari Kedah dan Pulau Pinang.
Kakitangan swasta, Zamrut Sulaiman, 41, berkata dia dan enam ahli keluarga berminat untuk menyertai Keretapi Sarong selepas melihat kemeriahan acara sama yang diadakan di Kuala Lumpur melalui laporan media massa, pada tahun-tahun lalu.
“Sebelum ini saya melihat program ini diadakan di Kuala Lumpur dan ia semakin meriah pada setiap tahun. Kebetulan suami cuti, kami ambil peluang bawa ahli keluarga sambut Hari Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Keretapi Sarong 2023 di pekarangan KTM Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, di sini pada Sabtu.
Zamrut mengenakan pakaian tradisional Melayu, sementara suami, Mohd Noorsaili Firdaus Sailillah, 41, mengenakan pakaian tradisional India kurta bersama ‘talappa’ manakala anak, Zayn Zidane, 6 bulan, memakai pakaian tradisional cina ‘Tang’.
Sementara empat ahli keluarganya yang lain turut mengenakan pakaian tradisional India sari dan busana Melayu tradisional.
Pada masa sama, Amanda Cheah Wei Hua, 30, turut hadir memeriahkan Keretapi Sarong 2023 di sini dengan memakai pakaian kebaya nyonya walaupun tidak mempunyai susur galur etnik berkenaan.
Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Hing Hwa, Tambun itu berkata program sedemikian adalah acara terbaik bagi mana-mana rakyat Malaysia untuk memperagakan pakaian tradisional masing-masing.
“Pada tahun ini saya dapat menyertai acara ini bersama rakan-rakan selepas saya tidak dapat menyertainya pada tahun lalu.
“Melalui acara seumpama ini, saya boleh memperagakan pelbagai pakaian tradisional. Misalnya walaupun saya berbangsa Cina, saya gemar untuk memakai pakaian kebaya,” ujarnya.
Pengasas Ipoh Social Club, Deena Erissa Delaila Mohd Zawawi, berkata antara pengisian lain program Keretapi Sarong 2023 adalah nyanyian lagu patriotik, sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah di Senja Coffee Bar yang terletak kira-kira 2 kilometer (km) dari KTM Ipoh.
“Saya mahu teruskan penganjuran Keretapi Sarong ini kerana ia adalah program yang mana sesiapa boleh hadir berkumpul dengan memperagakan pakaian tradisional seperti kain sarung dan batik mengikut kreativiti masing-masing,” katanya lagi.
Keretapi Sarong 2023 berlangsung serentak di Kuala Lumpur, Johor Baharu Kuala Terengganu serta di London, United Kingdom.
Program itu telah dimulakan sekitar pada tahun 2012 melibatkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelekat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Amirrul Rabbani
Sat Sep 16 2023
Acara 'flash mob' berkumpulan yang dianjurkan bersempena dengan Hari Malaysia itu disertai lebih 500 peserta daripada pelbagai usia dan latar belakang bangsa. - Foto Astro AWANI
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh (November 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan Tenaga Buruh (November 2024).
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027
Projek pembinaan jalan sepanjang 7 kilometer membabitkan dua buah jambatan itu menelan belanja kira-kira RM70 juta yang ditender semula untuk dilaksanakan oleh kontraktor penyiap memandangkan kontraktor asal telah ditamatkan kontraknya.
AGC kaji bangunkan unit bahagian rayuan dan perbicaraan bagi Sabah,Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini, khusus untuk rayuan kes-kes jenayah dengan mengambil kira semua faktor dan melibatkan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang mahir dan berpengalaman
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran TASKA
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
56,044 orang terima bantuan bulanan JKM Sarawak pada 2024
Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata kerajaan Sarawak telah menyalurkan lebih RM258 juta dari Januari hingga Disember lepas bagi tujuan berkenaan.
Cadangan jadikan Sarawak hab tenaga baharu tepat
Cadangan menjadikan Sarawak sebagai hub tenaga baharu di rantau ini selari dengan agenda Sarawak yang kini memusatkan 70 peratus penggunaan tenaganya berdasarkan tenaga hijau.
Kerjasama hidrogen PETRONAS, Petros diharap dapat tepati tarikh akhir mudah cara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap projek kerjasama tenaga hidrogen bersih antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini.
#AWANIRingkas 10 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Januari 2025
1️⃣ Polis diarah lengkapkan semula kertas siasatan
2️⃣ Jepun terus perkukuh hubungan dengan negara anggota
3️⃣ Malaysia tiru kaedah Thailand
#awaniringkas
1️⃣ Polis diarah lengkapkan semula kertas siasatan
2️⃣ Jepun terus perkukuh hubungan dengan negara anggota
3️⃣ Malaysia tiru kaedah Thailand
#awaniringkas
Kebakaran hutan di California: Jumlah korban meningkat kepada 10
Jumlah korban akibat kebakaran hutan terburuk dalam sejarah California terus meningkat, dengan 10 orang maut setakat ini.
Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing
Mayat yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan kawasan hutan, Jalan Perkuburan, Bandar Country Homes, Rawang pada Khamis lalu dipercayai milik seorang wanita warga asing.
Keretapi Sarong 2023: Lebih 500 peserta berbusana tradisional, berjoget lambak di Ipoh
Berbusana tradisional daripada pelbagai kaum serta etnik serta berjoget lambak dengan berlatar belakangkan lagu-lagu rakyat antara pengisian program Keretapi Sarong 2023 yang diadakan di Ipoh.