MELAKA TENGAH: Seorang lelaki parah selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sehingga merempuh empat buah kenderaan di Jalan Batu Berendam, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa Jeremy Ong Chin Shen, 35 yang memandu kereta jenis Proton Waja dalam perjalanan pulang ke rumahnya menuju arah Batu Berendam dari Peringgit.
Rentetan itu, mangsa yang bekerja sendiri terpaksa dikejarkan ke Zon Merah Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan dalaman.
“Kereta dipandu mangsa itu hilang kawalan dan melayang sebelum terbalik di atas bumbung tempat letak kenderaan kilang Central Cable.
"Kenderaan itu kemudian jatuh menghempap sebuah Proton Wira dan dua Honda City yang juga diparkir di situ. Bagaimanapun, tiada mangsa lain yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, insiden berkenaan tular di laman sosial yang menyaksikan sebuah Proton Waja hilang kawalan sebelum 'terbang' menghempap beberapa buah kereta yang diparkir di kawasan berkenaan.
Mengulas lanjut ujar Christopher, pihaknya turut mengambil sampel darah pemandu itu bagi melakukan saringan ujian alkohol dan dadah dalam darah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Aug 24 2022

Seorang lelaki parah selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sehingga merempuh empat buah kenderaan di Jalan Batu Berendam. - Foto ihsan polis
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.

Kereta terbang eHang dijual pada harga RM1.5 juta
Dengan sekali caj, ia boleh terbang sejauh 30km dengan kelajuan mencecah 130km/j.

Kereta terbang pertama di dunia diluluskan, pre-order dibuka dengan harga RM1.4 juta
Kenderaan tersebut menerima Pensijilan Kelayakan Udara Khas daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk Model A.

Kereta terbang buat penerbangan pertama di Dubai
Kereta terbang yang dikenali sebagai X2 itu mempunyai dua tempat duduk dan diterbangkan menggunakan dua kipas pada setiap sudut.

Kereta hilang kawalan, 'terbang' rempuh empat kenderaan
Seorang lelaki parah selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sehingga merempuh empat buah kenderaan di Jalan Batu Berendam.

Kereta terbang nyaris masuk dalam restoran
Satu rakaman video menunjukkan detik-detik sebuah kereta yang gagal dikawal oleh pemandunya terbang dan jatuh di depan sebuah restoran.

AirCar, kereta terbang berjaya selesaikan penerbangan selama 35 minit
AirCar dilaporkan selesai membuat penerbangan selama 35 minit.

Kerajaan belum tumpu industri kereta terbang - Wan Junaidi
Buat masa ini kementerian memberi tumpuan terhadap pembangunan perusahaan PKS, mikro dan koperasi terutamanya yang terkesan akibat COVID-19.

Kereta terbang teksi udara, Toyota labur AS$400 juta
Gergasi otomotif Jepun Toyota melabur dalam syarikat Joby Aviation bertujuan teroka usaha pengkomersialan kereta terbang elektrik.

'Kalau ada kereta terbang lagi cepat saya tiba' - Najib
Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata, kehadirannya ke Kimanis akan lebih cepat sekiranya mempunyai kereta terbang.