SIPITANG: Seorang lelaki maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam longkang di Jalan Merintaman-Sindumin, di sini, pada malam Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa Kedshon Kensius, 18, maut ketika menerima rawatan di hospital manakala dua rakannya berusia 25 dan 30 tahun dilaporkan cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai terbabas sendiri.
Katanya, pemandu bersama dua mangsa dalam perjalanan dari arah Sindumin menuju ke Pekan Sindumin.
"Siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum berpusing beberapa kali dan terjunam ke dalam longkang.
"Pemandu dan penumpang hadapan tercampak keluar manakala penumpang belakang masih di dalam kenderaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Champin berkata, akibat kejadian itu penumpang belakang meninggal dunia manakala dua lagi hanya cedera ringan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Sipitang.
"Punca kemalangan dipercayai terbabas sendiri bagaimanapun siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang dikejar ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu.
"Sebaik tiba, kenderaan berada di dalam longkang dan terdapat mangsa yang terperangkap di dalam kereta berkenaan.
"Operasi mengeluarkan mangsa terperangkap kemudiannya dijalankan sebelum mangsa dibawa ke hospital," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 12 2021

Keadaan kenderaan mangsa yang terjunam ke dalam longkang selepas terbabit kemalangan di Jalan Merintaman-Sindumin, Sipitang. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Kereta hilang kawalan, lelaki maut, dua rakan cedera
Mangsa Kedshon Kensius, 18, maut ketika menerima rawatan di hospital manakala dua rakannya berusia 25 dan 30 tahun dilaporkan cedera ringan.