Seorang wanita cedera parah manakala suami dan dua anaknya cedera ringan dalam satu kemalangan di Jalan Ipoh-Gerik berhampiran Kampung Tiong, di sini, pada petang Rabu.
Dalam kejadian sekitar 2 petang itu, kereta jenis Toyota Vios dipandu Liang Bee Yee, 36, yang menghala ke Kuala Kangsar hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.
Kemalangan itu menyebabkan besi penghadang jalan menembusi cermin hadapan hingga ke bahagian belakang kenderaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq berkata kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila pemandunya dikatakan mengantuk dan gagal mengawal kenderaan.
"Susulan insiden, pemandu iaitu ibu kepada dua lagi mangsa Ha Meng Kai, 4, dan Ha Zi Qian, 9, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, manakala kedua kanak-kanak itu hanya mengalami kecederaan ringan.
"Suami mangsa turut mengalami kecederaan ringan dan ketiga-tiga mereka mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar, manakala mangsa dikejarkan ke Hospital Ipoh," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Jan 25 2017
![Kereta ditembusi besi penghadang jalan, ibu cedera parah dalam kemalangan Kereta ditembusi besi penghadang jalan, ibu cedera parah dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485360199_kemalanganKualaKa.jpg)
Seorang wanita cedera parah manakala suami dan dua anaknya cedera ringan dalam satu kemalangan di Jalan Ipoh-Gerik berhampiran Kampung Tiong, di sini, pada petang Rabu. -Astro AWANI/Nazialita Geynna Maharan
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Penyelia pembalakan dituduh sebabkan kematian tiga beranak Penyelia pembalakan dituduh sebabkan kematian tiga beranak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41593162024_Penyeliapembalakan.jpg)
Penyelia pembalakan dituduh sebabkan kematian tiga beranak
Mohd Firdaus Hawari, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
![Tiga beranak maut, kereta bertembung pacuan empat roda di Jalan Ipoh-Gerik Tiga beranak maut, kereta bertembung pacuan empat roda di Jalan Ipoh-Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41592613125_TBKEMALANGANMAUTKK.jpg)
Tiga beranak maut, kereta bertembung pacuan empat roda di Jalan Ipoh-Gerik
Mangsa dikenali Abdul Hakim Hashim, isterinya Penolong Jurutera Pertanian, Nurul Huda Arifin, dan anak mereka, Adib Aidan Abdul Hakim.
![Kereta ditembusi besi penghadang jalan, ibu cedera parah dalam kemalangan Kereta ditembusi besi penghadang jalan, ibu cedera parah dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485360199_kemalanganKualaKa.jpg)
Kereta ditembusi besi penghadang jalan, ibu cedera parah dalam kemalangan
Dalam kejadian itu, sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dipandu Liang Bee Yee, 36 yang menghala ke Kuala Kangsar hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.