MELAKA TENGAH: Lebih 10 pelanggan di Medan Selera Tanjung Kling, Pantai Puteri, di sini berdepan detik cemas apabila sebuah kenderaan secara tiba-tiba mengundur dan merempuh medan selera itu ketika mereka sedang menjamu selera, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.43 petang itu, kesemua mangsa, bagaimanapun, sempat mengelak dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza itu dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila remaja itu diminta ibunya untuk memanaskan enjin ketika sedang memanaskan enjin, remaja terbabit telah tertekan pedal minyak dan mengubah gear kepada butang R menyebabkan ia mengundur secara mengejut.
“Kereta itu kemudian bergesel dengan kereta di parkir bersebelahannya dan merempuh beberapa pelanggan dalam medan selera tersebut namun mujur mereka sempat mengelak," katanya dalam kenyataan yang diedarkan, di sini, hari ini.
Terdahulu, insiden itu tular melalui klip video yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) gerai medan selera terbabit yang didapati melibatkan sekurang-kurangnya 11 pelanggan termasuk seorang bayi.
Mengulas lanjut, ujar Christopher, setakat ini pihaknya belum dapat mengesahkan jumlah pelanggan yang terlibat dengan kejadian itu termasuk mengenal pasti jumlah mereka yang cedera.
“Mungkin ada yang tercedera, tetapi belum datang buat laporan dan tiada buat rawatan di hospital, jadi kami tidak dapat sahkan berapa yang cedera.
“Kita juga telah mengambil rakaman CCTV dari gerai makanan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambah beliau.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Aug 27 2023
Lebih 10 pelanggan di Medan Selera Tanjung Kling, Pantai Puteri, di sini berdepan detik cemas apabila sebuah kenderaan secara tiba-tiba mengundur dan merempuh medan selera itu ketika mereka sedang menjamu selera, semalam.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kereta berundur rempuh medan selera
Remaja 16 tahun diminta ibunya untuk panaskan enjin, tiba-tiba dia tertekan pedal minyak serta mengubah gear kepada butang R.