LABUAN: Ikan kerapu gergasi atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai "keratang" seberat 160 kilogram (kg) berjaya ditangkap di sini, dan dijual dengan harga RM8,000 kepada sebuah restoran makanan laut, Fishermen Harbour Restaurant di Paragon, semalam.
Dullah Latif, 64, berkata beliau mengarahkan pekerjanya ke perairan Marine Farms (kira-kira 100 batu nautika dari Labuan) untuk memancing pagi Sabtu, apabila mereka dikejutkan dengan kemunculan ikan gergasi itu, Ahad.
"Selepas lebih 30 minit 'bergelut' dengan joran, akhirnya barulah kelibat ikan itu kelihatan di permukaan, dan sebaik sahaja mereka nampak (ikan), mereka menjerit kegembiraan, dan mulanya mereka tidak sedar betapa sukar untuk membawa ikan itu naik... tiga orang diperlukan untuk menaikkan ikan itu ke dalam bot," katanya.
Kerapu yang ditangkap itu berukuran lebih dari tujuh kaki (2.1 meter) panjang.
Dullah berkata ini bukan kali pertama beliau mendapat 'habuan besar', kerana menurutnya pada bulan Februari 2019 lepas, beliau pernah menangkap ikan seberat 241kg, yang dijual pada harga RM13,225, dan diikuti dengan tangkapan seberat 165kg dan 135kg.
Menurut nelayan tempatan, ikan gergasi dari keluarga kerapu itu boleh hidup 30 hingga 50 tahun.
Pemilik Fishermen Harbour Dylan Chua berkata ikan itu akan dihiris kecil dan dimasukkan ke dalam mi sup mereka yang cukup terkenal, direbus dengan sos coklat dan diadun dengan cendawan.
"Ikan itu juga boleh digunakan untuk menu popular kami - digoreng dengan halia dan daun bawang dan digoreng dengan sos kacang hitam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
Kerapu gergasi 'keratang' seberat 160kg ditangkap perairan Labuan. -Bernama
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kerapu gergasi 'keratang' seberat 160kg ditangkap perairan Labuan
Kerapu yang ditangkap itu berukuran lebih dari tujuh kaki (2.1 meter) panjang.