SEREMBAN: Seorang kerani di Gemas, dekat sini berputih mata apabila kerugian hampir RM10,000 gara-gara ditipu dalam urusan jual beli telefon bimbit jenama iPhone 12 menerusi media sosial pada 20 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hoo Chang Hook berkata, wanita berusia 24 tahun itu tertarik untuk membeli telefon bimbit berkenaan yang diiklankan menerusi Instagram ketika berada di rumahnya di Felda Palong 7, kira-kira pukul 9 malam.
"Mangsa berurusan dengan seorang individu menerusi WhatsApp dan diminta melakukan pembayaran barangan jika berminat bagi pengesahan pembelian tersebut melalui pautan diberikan.
"Percaya dengan perkara itu, dia kemudiannya menekan pautan tersebut dan membuat pembayaran secara dalam talian sebanyak RM1,300 kepada satu akaun individu pada keesokannya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hoo berkata, mangsa membuat penyemakan baki akaunnya di sebuah bank di Bahau pada 31 Mac lepas dan mendapati baki akaun telah berkurangan sebanyak RM9,500, yang didakwa dipindahkan ke sebuah akaun bank tempatan milik seorang individu sebanyak empat kali tanpa pengetahuannya.
Beliau berkata, mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis dua hari lepas (1 April) di Balai Polis Bahau dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 03 2022
Mangsa yang juga seorang wanita berusia 24 tahun berurusan dengan seorang individu menerusi WhatsApp dan diminta melakukan pembayaran barangan jika berminat melalui pautan diberikan. - Gambar hiasan
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Kerani rugi lebih RM113,000 terperdaya pulangan lumayan 120 saat
Mangsa berusia 37 tahun melabur sebanyak RM113,875 dengan harapan menikmati keuntungan 10 peratus yang dijanjikan.
Kerani rugi hampir RM10,000 gara-gara beli telefon bimbit di media sosial
Mangsa berurusan dengan seorang individu menerusi WhatsApp dan diminta melakukan pembayaran barangan jika berminat melalui pautan diberikan.