Sikap malas pasangan suami isteri dengan meneruskan gaya hidup menyamun sebanyak dua kali menyebabkan Hakim Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara tambahan 10 tahun ke atas mereka, hari ini.
Nasaruddin Naser, 35, dan Fatin Nadia Abdullah, 20, kini sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun setelah dijatuhi hukuman atas kesalahan menyamun dalam kes pertama mereka dahulu.
Nasaruddin dipenjarakan di Penjara Kajang pada 27 Nov, manakala Fatin Nadia ditempatkan di Penjara Sungai Buloh pada 12 Dis lepas.
Bagi kes kedua mereka, Hakim Amernudin Ahmad, sebelum menjatuhkan hukuman penjara tambahan 10 tahun itu, berkata: "Kamu boleh merempat di negara kamu sendiri, sebab apa? Sebab kamu malas."
Amernudin berkata perbuatan samun itu tidak sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua tertuduh walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Pasangan suami isteri itu yang tidak bekerja didakwa telah melakukan rompakan terhadap seorang juruwang warganegara Nepal, Subas Waiba dengan mengambil wang sebanyak RM132.70 dan pelbagai jenis kotak rokok di 7 Eleven, Jalan 5/38D Taman Sri Sinar, Segambut, pada pukul 11.50 malam, 28 April lepas.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Mahkamah turut mengenakan hukuman tiga kali sebatan terhadap Nasaruddin dan memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman penjara serentak dengan hukuman terdahulu.
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian Nasaruddin telah mengacukan pisau terhadap mangsa dan mengarahkan mangsa memberikan semua wang di dalam peti tunai, manakala isterinya pula mengambil kotak rokok yang berada di belakang peti tunai sebelum mereka melarikan diri.
Ketika rayuan bagi mengurangkan hukuman, kedua-dua tertuduh, yang mempunyai seorang anak memohon hukuman berjalan serentak memandangkan mereka sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah manakala pasangan itu tidak diwakili peguam.
Bernama
Wed Dec 23 2015
Nasaruddin Naser, 35, dan Fatin Nadia Abdullah, 20, kini sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun setelah dijatuhi hukuman atas kesalahan menyamun. - Gambar Hiasan
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
Kelantan jangka bentang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tahun depan
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam persidangan DUN 2025.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
Dakwaan besar, cabar kuasa punca Presiden FABD dipecat Sultan Brunei?
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam, Feisal Eusoff Patail, dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Hsien Loong lepas jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong, berundur daripada jawatan tertinggi parti politik terbabit, pada Ahad.
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee bakal membuka lembaran baru di negara jiran, Indonesia, selepas hampir tiga musim bersama Sabah selaku ketua jurulatih.
Dasar Kanak-Kanak Negara baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) hari ini melancarkan Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu sebagai salah satu langkah memperkukuhkan usaha menjaga kebajikan kumpulan berkenaan.
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional dijangka siap pada 2028 - KP Imigresen
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka siap sepenuhnya pada 2028.
[TERKINI] Penjawat awam Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan negeri Kedah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam di negeri itu sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan sumbangan mereka.
Polis tembak polis kerana pengusaha lombong haram
Insiden polis menembak rakan setugas berlaku lagi di Indonesia, kali ini terjadi di balai polis Solok Selatan, Sumatera Barat.
Kerana pemalas, hukuman penjara pasangan penyamun suami isteri ditambah 10 tahun
Sikap malas pasangan suami isteri dengan meneruskan gaya hidup menyamun sebanyak dua kali menyebabkan Hakim menjatuhkan hukuman penjara tambahan 10 tahun ke atas mereka.