KUALA LUMPUR : Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, perubahan melibatkan 12 individu.
itu dilaksanakan seiring dengan hasrat untuk melaksanakan Reformasi Perkhidmatan Awam yang menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam.

Dalam masa sama, kata beliau, tindakan itu juga diambil bagi mendepani era baharu Perkhidmatan Awam susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Berikut adalah senarai penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam.
  1. Datuk Lokman Hakim Ali - Ketua  Setiausaha Kementerian Pertahanan
  2. Datu Seri Isham Ishak - Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  3. Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad - Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan
  4. Datuk Seri Suriani Datuk Ahmad - Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
  5. Datuk Ruji Ubi - Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
  6. Datuk Azman Mohd Yusoff - Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia
  7. Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud - Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  8. Datuk Awang Nik Jeman - Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
  9. Datuk Abd Shukor Mahmood - Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri
  10. Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi - Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
  11. Datuk Seri Azman Ibrahim - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
  12. Muhammad Razman Abu Samah - Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri
Menurut Shamsul lagi, perubahan ini juga merupakan manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip taat setia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar.