Kerajaan mengambil keputusan untuk meningkatkan sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) agenda pemerkasaan bumiputera (BEA) bagi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan utama (G20) pada tahun 2016.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peningkatan itu berdasarkan kejayaan yang dicapai sejak program BEA diperkenalkan pada 2014.
"Saya bersama menteri dan beberapa anggota pentadbiran turut terlibat dalam menggubal KPI BEA bagi GLIC dan G20.
"Juga, menerusi sesi ‘White Room’ bersama pengerusi-pengerusi dan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif GLIC dan G20, komitmen syarikat-syarikat akan dipertingkatkan untuk meneruskan pelaksanaan BEA di syarikat masing-masing," kata beliau pada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar.
Beliau berkata antara inisiatif-inisiatif yang dirancang termasuk sasaran perlantikan 70 vendor baharu, lapan jaguh nasional dan sebuah jaguh serantau melalui Program Pembangunan Vendor (PPV) dan menetapkan sasaran pemerolehan syarikat Bumiputera pada RM11 bilion.
Perdana Menteri turut mensasarkan seramai 15,000 siswazah untuk dilatih di bawah Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) tahun ini.
"Khazanah Nasional Bhd, selaku urus setia program, akan terus memperkemaskan lagi mandat dan struktur pelaksanaan BEA agar dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada masyarakat Bumiputera dan negara," katanya.
Najib berkata setelah dua tahun pelaksanaan BEA, kejayaan ketara telah dicapai dalam tujuh bidang utama, iaitu berkaitan program pembangunan vendor, syarikat-syarikat utama untuk rantaian bekalan, pengagihan khusus (carve out), modal insan, pemilikan aset bukan kewangan, pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat dan pemerolehan.
"Lima buah GLIC dan G20 secara keseluruhannya berjaya mencatatkan pencapaian 91.5 peratus di bawah KPI dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif utama di bawah BEA bagi tahun 2015," katanya.
Melalui tujuh bidang utama tersebut, Perdana Menteri berkata GLIC dan G20 telah mencatatkan nilai inisiatif keseluruhan sebanyak RM44.7 bilion pada 2015 berbanding RM43.8 bilion pada 2014.
"Antara kejayaan GLIC dan G20 pada tahun 2015 adalah pemerolehan berjumlah RM11.8 bilion daripada syarikat Bumiputera manakala RM2.3 bilion dari nilai pengagihan khusus untuk syarikat Bumiputera.
"Selain itu, GLIC dan G20 turut melantik 49 vendor baharu di bawah program-program pembangunan vendor, mewujudkan dua konsortium rangkaian runcit dan ternakan, serta melatih 9,544 siswazah di bawah program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).
Bernama
Thu May 26 2016
NAJIB: Saya bersama menteri dan beberapa anggota pentadbiran turut terlibat dalam menggubal KPI BEA bagi GLIC dan G20. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
KEB 2024 ketengahkan lebih 80 resolusi perkasa bumiputera
KEB menjadi platform pelbagai pihak dari latar belakang berbeza berkongsi pandangan dan idea berhubung permasalahan kaum bumiputera.
Kerajaan tingkatkan sasaran KPI agenda pemerkasaan bumiputera bagi 2016
Kerajaan mengambil keputusan untuk meningkatkan sasaran KPI agenda pemerkasaan bumiputera bagi GLIC dan G20 pada tahun 2016.