PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesahkan kerajaan tidak menarik balik atau membatalkan konsesi Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) yang telah dipersetujui selama 10 tahun bermula 11 Jan 2021 hingga 10 Jan 2031.
Dalam kenyataan satu kenyataan menafikan dakwaan penarikan balik lesen beras BERNAS yang tular di aplikasi WhatsApp hari ini, KPKM memaklumkan aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.
"Pihak kementerian menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai mesej palsu berkenaan dan perbuatan menyebarkan mesej palsu ini perlu dihentikan," menurut kenyataan KPKM itu.
Pada 3 Dis 2020, kerajaan telah mengumumkan pelanjutan konsesi BERNAS bagi pengedaran beras di negara ini untuk tempoh 10 tahun lagi bermula 11 Jan 2021, selepas konsesi terdahulu tamat pada 10 Jan 2021.
Pelanjutan konsesi itu turut melibatkan penambahbaikan terma baharu dan penambahan bilangan obligasi sosial daripada lima kepada 10, antaranya memelihara, menyelenggara, mengurus dan mengekalkan stok penimbal beras negara pada paras kuantiti ditetapkan kerajaan; bertindak sebagai pembeli terakhir padi daripada petani serta pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani.
Mengenai dakwaan penguatkuasaan tidak dijalankan, KPKM berkata Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (OP BPT) sedang berjalan dan sehingga kini dua kilang telah disita dan disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).
Op BPT mula dilaksanakan pada 16 Ogos lepas, dengan diketuai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin.
Operasi yang memberi fokus kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap kilang padi komersial dan pemborong beras itu melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi antaranya Kawalselia Padi dan Beras, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Polis Diraja Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesahkan kerajaan tidak menarik balik atau membatalkan konsesi Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) yang telah dipersetujui selama 10 tahun bermula 11 Jan 2021 hingga 10 Jan 2031.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
IPO Oriental Kopi dilebih langgan hampir sembilan kali
Tawaran awam permulaan syarikat itu, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 23 Januari depan, menarik minat runcit bernilai RM1.61 bilion.
Dagangan saham MAHB demi mencapai sasaran dividen, kata KWSP
KWSP berkata, tawaran pembelian saham MAHB melalui konsortium baru-baru ini juga selaras dengan perancangan jangka panjangnya untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Kerajaan tidak tarik balik konsesi BERNAS - KPKM
KPKM mengesahkan kerajaan tidak menarik balik atau membatalkan konsesi BERNAS yang telah dipersetujui selama 10 tahun bermula 11 Jan 2021 hingga 10 Jan 2031.