Kerajaan Persekutuan akan meneruskan perbincangan bersama Kerajaan Negeri berkaitan pindaan isu had umur perkahwinan melibatkan kanak-kanak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, Kerajaan Persekutuan akan terus mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Negeri bagi mencapai keputusan konsensus.
"Kita perlu lihat adat dan agama seseorang individu bagi memastikan ia dapat diselaraskan pada semua pihak dan kami akan terus berbincang," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2019 di sini hari ini.
Setakat ini, lima negeri bersetuju meminda had umur perkahwinan kepada 18 tahun manakala tujuh negeri lain masih kekal dengan had usia asal.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya had usia minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun, bagi melindungi kesihatan, keselamatan dan hak kanak-kanak di negara ini.
Hilmi Malik
Tue Dec 10 2019
![Kerajaan teruskan perbincangan had umur minimum perkahwinan Kerajaan teruskan perbincangan had umur minimum perkahwinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562838120_MarriageRing.jpg)
Setakat ini, lima negeri telah bersetuju meminda had usia perkahwinan kepada 18 tahun manakala tujuh negeri lain masih kekal dengan had usia asal. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerajaan teruskan perbincangan had umur minimum perkahwinan Kerajaan teruskan perbincangan had umur minimum perkahwinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562838120_MarriageRing.jpg)
Kerajaan teruskan perbincangan had umur minimum perkahwinan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, Kerajaan Persekutuan akan terus mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Negeri bagi mencapai keputusan konsensus.
![R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575595775_TBRAALIYA.jpg)
R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun
Kelly dituduh membayar rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Illinois untuk menghasilkan "satu dokumen pengenalan diri palsu untuk Jane Doe #1" pada 30 Ogos 1994.
![Marina Mahathir sambut baik umur minimum perkahwinan naik kepada 18 tahun Marina Mahathir sambut baik umur minimum perkahwinan naik kepada 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536009234_MarinaMahathir.jpg)
Marina Mahathir sambut baik umur minimum perkahwinan naik kepada 18 tahun
Aktivis sosial Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir menyambut baik cadangan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan lelaki dan perempuan daripada 16 kepada 18 tahun.
![Lesen memandu: Ramai setuju kekal had umur sedia ada Lesen memandu: Ramai setuju kekal had umur sedia ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/61527342903_MotorsikalGeneric.jpg)
Lesen memandu: Ramai setuju kekal had umur sedia ada
Berdasarkan tinjauan di sekitar ibu kota pada Sabtu, kebanyakan yang ditemui bersetuju mengekalkan had umur minimum seperti sedia kala, iaitu 16 tahun bagi motosikal dan 17 tahun bagi kereta.