Kerajaan terus memantau perkembangan isu intipan pihak asing terhadap Malaysia dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada bukti kukuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Katanya Malaysia menolak sebarang bentuk pengintipan oleh mana-mana pihak kerana perbuatan itu menjejaskan kedaulatan negara dan hubungan dua hala.
Kerajaan telah bekerjasama dan berbincang bersama agensi-agensi yang terlibat bagi menyusun langkah seperti menghantar nota bantahan kepada pihak yang didakwa mengintip negara ini, katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) yang ingin tahu laporan aktiviti pengintipan membabitkan beberapa buah negara terhadap Malaysia.
Shahidan berkata pada 2006 kerajaan menggubal Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSP) bagi melindungi Infrastruktur Sistem Maklumat Kritikal Negara.
"Dasar ini memfokus kepada penggunaan teknologi yang selamat ke arah penggunaan dan pengeluaran teknologi tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar," katanya
Shahidan berkata 10 sektor kritikal dikenal pasti oleh NCSP iaitu pertahanan dan keselamatan; perbankan dan kewangan; maklumat dan komunikasi; tenaga; pengangkutan; air; perkhidmatan kesihatan; kerajaan; perkhidmatan kecemasan dan makanan; dan pertanian.
Mengulas pendedahan yang dibuat oleh bekas kakitangan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Edward Snowden, Shahidan berkata Amerika Syarikat sedang membuat penyiasatan terhadap semua kegiatan pengintipan dan akan memaklumkan kepada Malaysia dan negara-negara terlibat mengenai hasil kajian itu.
Tahun lepas, media asing melaporkan mengenai pendedahan Snowden bahawa risikan dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan Internet. -- Bernama
Bernama
Tue Apr 08 2014


Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.

Senat AS luluskan pelantikan John Ratcliffe sebagai Pengarah CIA
Senat Amerika Syarikat meluluskan pelantikan John Ratcliffe sebagai Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang baharu di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

Trump namakan John Ratcliffe sebagai pengarah CIA
Donald Trump menamakan John Ratcliffe, bekas Pengarah Perisikan Nasional sebagai pengarah baharu Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Gina Haspel, Pengarah CIA wanita pertama
Senat Amerika Syarikat hari ini mengesahkan pelantikan Gina Haspel sebagai pengarah baharu Agensi Perisikan Pusat (CIA), walaupun pernah terpalit isu membabitkan penderaan terhadap suspek pengganas.

Kerajaan terus pantau isu intipan asing -- Shahidan
Katanya Malaysia menolak sebarang bentuk pengintipan oleh mana-mana pihak kerana perbuatan itu menjejaskan kedaulatan negara dan hubungan dua hala.