Kerajaan negeri Terengganu akan menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menilai tahap kebersihan tandas awam di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau memberi amaran bahawa kontraktor kebersihan yang gagal menepati KPI akan diambil tindakan tegas termasuk digantikan dengan kontraktor lain.
Justeru, beliau meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas dan memastikan tahap kebersihan setiap tandas awam di negeri itu sentiasa berada dalam keadaan memuaskan.
"Saya akan turun padang dan mengadakan pemeriksaan mengejut ke semua tandas awam di negeri ini bagi memastikan hal ini dipandang serius," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Larian Hapuskan Rasuah anjuran Parti Gerakan negeri Terengganu di Padang Astaka, di sini hari ini.
Beliau berkata setiap kontraktor yang dilantik PBT untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan tandas awam perlu memenuhi spesifikasi kerja yang ditetapkan dalam perjanjian tawaran kontrak.
Dalam pada itu, seramai 1,000 peserta mengambil bahagian dalam acara larian sejauh tujuh kilometer tersebut.
Dalam lawatan sehari ke daerah Kemaman selepas dilantik sebagai menteri besar pada 12 Mei lepas, beliau mengumumkan kerajaan negeri akan mempercepatkan pembinaan Jambatan Sungai Limbongan di bandar Chukai dekat sini serta Jambatan Kuala Kejir, Hulu Terengganu, yang runtuh akibat banjir awal tahun lepas.
Beliau berkata kedua-dua jambatan tersebut akan menggantikan jambatan taktikal yang dibina oleh pasukan tentera, Kor Jurutera Diraja, berikutan keperluan tentera untuk menggunakan jambatan taktikal tersebut.
Ahmad Razif menafikan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan kononnya Jambatan Sungai Limbongan tidak akan dibina kembali akibat kos pembinaan yang tinggi.
"Sekarang ini harga kos pembinaan untuk Jambatan Limbongan sudah ada dan telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), jadi tidak timbul isu tentang perkara ini manakala untuk Jambatan Kuala Kejir, ianya masih dalam proses perundingan dengan pihak JKR," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Razif berkata beliau juga turut meminta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri, Ir Rosli Othman supaya memandang serius dan mengambil tindakan segera membaiki keadaan Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Neram yang rosak akibat banjir.
"Kita tak boleh tunggu dan tangguhkan jalan yang rosak ini sebab ianya akan mengakibatkan kemalangan jalan raya dan kematian," katanya.
Sementara itu, Ahmad Razif mengadakan lawatan mengejut ke Pasar Besar Chukai di sini bagi beramah mesra dengan penduduk tempatan.
Beliau turut melawat jeti nelayan di belakang pasar tersebut.
Ahmad Razif meluangkan masa selama 30 minit untuk makan pagi di warung berdekatan dengan pasar tersebut dengan orang ramai bagi mengenali penduduk tempatan dengan lebih dekat.
Ahmad Razif diiringi oleh isteri beliau, Toh Puan Halina Zakaria serta Pegawai Daerah Kemaman Datuk Mustafar Khalid.
Bernama
Fri Jun 13 2014
Kerajaan negeri Terengganu akan menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menilai tahap kebersihan tandas awam di negeri itu - Gambar fail
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.
Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.