JELI: Kerajaan sedang meneliti permohonan pemain industri untuk membenarkan operasi sektor perniagaan dilanjutkan hingga 10 malam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata perkara berkenaan perlu mengambil kira pelbagai pandangan memandangkan ada perbezaan pendapat mengenainya.
"Sekarang kerajaan belum membuat keputusan berhubung perkara ini (operasi perniagaan dilanjutkan hingga 10 malam) tetapi rayuan itu ada dan kita faham keperluan kenapa ia perlu dilanjutkan.
Namun, kita ada dua isu iaitu satu kumpulan di Malaysia merasakan apabila kes masih mencatatkan 5,000 hingga 6,000 sehari, mereka mahu supaya peraturan diperketat lagi. Maknanya, kerajaan perlu ambil tindakan supaya jangan buka terlalu banyak sektor ekonomi.
Ada satu kelompok seperti peniaga, pemilik restoran, perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS) yang tertekan lebih dari setahun ini berharap serta memohon kerajaan melonggarkan sedikit peraturan itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Khidmat Masyarakat Vaksinasi di Pejabat Ahli Parlimen Jeli, di sini hari ini.
Menerusi pelaksanaan PKP 3.0 ketika ini, waktu operasi bagi kebanyakan sektor ekonomi yang dibenarkan dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata perkara itu akan dipertimbangkan dan diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berpandukan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kewangan.
"Pihak berkaitan yang menguruskan krisis sebegini, sudah pasti mereka akan lihat yang mana terbaik untuk dilaksanakan bagi rakyat dan negara. Apa yang pasti, akan ada keseimbangan," katanya.
Mengenai perkembangan moratorium bagi mereka yang terkesan dengan PKP 3.0, Ahli Parlimen Jeli itu berkata Kementerian Kewangan bersama industri perbankan sedang meneliti dan mengkaji rayuan daripada pelbagai pihak termasuk persatuan-persatuan seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 19 2021
Kerajaan sedang meneliti permohonan pemain industri untuk membenarkan operasi sektor perniagaan dilanjutkan hingga 10 malam. - Gambar hiasan/BERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Bersediakah Malaysia adaptasi ke arah digital?
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan menerusi beberapa kementerian dan agensi kini dalam usaha membantu setiap sektor yang terjejas
Perniagaan lakukan promosi bukan satu isu tetapi... - Noor Hisham
Datuk Dr Noor Hisham menyatakan promosi yang dibuat oleh sektor perniagaan bukanlah satu isu namun isu yang harus dilihat ialah kesesakan semasa pembeli membeli-belah.
Pasca PKP: Impak negatif ke atas ekonomi perlu diminimakan - Pakar
Kerajaan perlu mencari kaedah terbaik dalam memastikan impak negatif kepada ekonomi negara pasca PKP nanti dapat diminimakan.
Hong Kong buka peluang pelaburan kepada Malaysia sejajar Inisiatif Jalur dan Jalan
Perwakilan Perniagaan dan Profesional Hong Kong mengalu alukan Malaysia untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan baharu di wilayah itu sejajar dengan Inisiatif Jalur dan Jalan