KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata beliau sendiri pernah menerima aduan orang awam yang melahirkan kerisauan jika langkah yang sama diikuti oleh kerajaan, namun pada masa yang sama beberapa gedung besar turut membangkitkan isu berkaitan persaingan harga terhadap produk-produk yang dijual menerusi platfom itu.
"Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menggunakan platform TikTok Shop untuk menjual barang, jadi saya akan minta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan KKD untuk meneliti asas langkah yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia untuk mengekang TikTok Shop.
"Saya rasa pihak TikTok perlu tampil memberikan penjelasan kerana salah satu aduan atau pun asas kenapa TikTok Shop dilarang di Indonesia ialah kerana isu penentuan harga predatori yang berlaku terhadap produk-produk, yang akhirnya memangsakan pengusaha tempatan di Indonesia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Gotong Royong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Pantai Dalam, di sini hari ini.
Selain itu, Fahmi berkata pihak TikTok juga harus memberi penjelasan terhadap kebimbangan ramai berhubung isu perlindungan data peribadi apabila mereka berbelanja di plaftorm tersebut.
"Saya rasa semua media sosial akan meneliti perilaku pengguna, bermula daripada apa yang kita 'like', apa yang kita kongsi, apa yang beli dan apa kita tonton.
"Jadi ada beberapa isu di situ yang saya lihat wajar untuk pihak KKD dan MCMC teliti, terutama aspek-aspek kepenggunaan atau perlindungan data peribadi. Oleh itu, dalam masa terdekat saya akan panggil pihak TikTok untuk berbincang," katanya Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Fahmi berkata perbincangan itu penting kerana pihaknya juga menerima aduan daripada organisasi media berhubung penggunaan media sosial yang menjejaskan operasi imereka.
"Banyak syarikat berbelanja untuk iklan bukan lagi melalui media tetapi menggunakan plaftorm media sosial ini, maka ia memberi kesan kepada media dan saya sangat prihatin isu ini.
"Lagi pun, saya lihat sejak mereka (TikTok) tiada lagi beberapa wakil di Malaysia, kerjasama mereka dengan pihak kerajaan sangat lembap dan saya sangat tidak berpuas hati.
"Contohnya dalam isu dakwaan vaksin bagi virus X telah tular sehingga mencecah 1.5 juta view baru-baru ini, saya terpaksa panggil (telefon) orang TikTok sendiri untuk tanya kerana Kementerian Kesihatan sudah keluarkan penafian, tapi pihak TikTok langsung tidak mengambil apa-apa tindakan," katanya.
Isnin lepas, Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan mengumumkan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang dalam platform media sosial TikTok yang memberi pendapatan tinggi peniaga dalam talian.
Langkah tersebut yang berkuat kuasa serta-merta dilaporkan diambil bertujuan melindungi peniaga di luar talian dan pasaran kerana harga ditawarkan terlalu murah hingga menjejaskan peniagaan kecil dan sederhana di luar premis.
Selain itu, ia untuk menghalang penggunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan, sekali gus ekosistem perdagangan elektronik yang adil, sihat lagi bermanfaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Fahmi berkata beliau sendiri pernah menerima aduan orang awam yang melahirkan kerisauan jika langkah yang sama diikuti oleh kerajaan. - Gambar fail/Bernama
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
'Tindakan sita Equanimity sah, ikut undang-undang'
Tindakan tersebut dibuat selepas Kerajaan Amerika Syarikat bersetuju agar Kerajaan Indonesia menyerahkan kapal tersebut kepada Malaysia.
Malaysia-Indonesia bincang isu gaji amah minggu depan
Kumpulan kerja bersama Malaysia dan Indonesia akan mengadakan pertemuan pada 15 dan 16 Okt ini di Jakarta untuk mencari penyelesaian kepada isu pembantu rumah dari republik itu.