KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti situasi 3W atau 3 Win iaitu 'menang-menang-menang' antara organisasi media, pengamal media dan pembaca, selari dengan perubahan dan perkembangan media hari ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata situasi itu perlu diteliti berikutan perubahan pola pembacaan termasuk kandungan di media sosial yang merupakan cabaran hari ini.
"Media hari ini suasana sangat beza banding dahulu, dulu mudah ada media cetak dan penyiaran sahaja, tapi sekarang ada beberapa isu berbeza. Ada media sosial dan wartawan awam yang mana sesiapa sahaja ada telefon bimbit boleh jadi rakan media sehingga menyebabkan organisasi media menghadapi tekanan yang tidak pernah dihadapi sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan prapelancaran sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Wisma Bernama di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Mastura Ahmad Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin.
Fahmi menjelaskan menerusi pendekatan 3W itu, kerajaan akan cuba membantu organisasi dan pengamal media yang mungkin terpaksa mengubah model perniagaan seiring perkembangan semasa agar dapat meneruskan kelangsungan dalam industri.
Pada masa sama katanya, kerajaan juga mengambil berat mengenai keperluan pembaca di media sosial sekiranya mereka perlu membayar kandungan berita yang dibaca dimedia sosial.
"Bukan semua bahan berita itu 'content' dan bukan semua 'content' itu berita, ia ada kesan kepada ekonomi, maka sebagai kerajaan kita prihatin dengan perkembangan ini dan sedia bekerjasama dengan industri untuk mencari jalan membantu rakan media.
"Adakah dengan membayar, pembaca akan baca berita? Jadi perdebatan itu saya percaya masih berjalan. Tapi jelas banyak media juga mula berubah strategi, tapi pembacanya mahukan maklumat maka kita harap sekiranya pihak kerajaan dapat meneliti perkara ini akan wujud satu keadaan win, win, win (menang)," kata Fahmi.
Semasa ditanya kemudiannya jika kerajaan akan mengenakan bayaran kepada platform media sosial untuk kandungan berita seperti yang dilaksanakan di Australia dan Kanada, Fahmi berkata pihak kementerian bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meneliti perkembangan di kedua-dua negara itu.
Selain itu, kementerian juga mengadakan sesi libat urus bersama industri media dan penyedia platform media sosial untuk mendapatkan maklumat bagi meneliti kaedah yang sesuai dilaksanakan di negara ini.
"Kita belum sampai ke tahap membawa satu rang undang-undang mengenai perkara itu (mengenakan bayaran). Tapi pengerusi MCMC telah mengadakan pertemuan baru-baru ini dengan pihak Meta (Meta Plafforms Inc) di Singapura dan pihak Tiktok.
"Ini usaha kami untuk mendapat maklumat dulu sebelum pihak kerajaan boleh meneliti kesesuaian apakah rang undang-undang, langkah atau ikhtiar sesuai untuk negara kita," kata beliau.
Fahmi juga mengulangi pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus mempertahankan kebebasan media dan menjaga kebajikan para petugas, namun mengingatkan golongan itu agar terus mematuhi etika dan undang-undang.
"Kita sama-sama teliti etika kewartawanan supaya profesionalisme pengamal media sentiasa terjaga. Dalam konteks ini kena pastikan maklumat yang diterima tepat, sahih dan benar serta elakkan sampaikan maklumat yang tidak benar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Pra Pelancaran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Wisma Bernama hari ini. - Foto BERNAMA
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Kerajaan teliti 3W seiring perubahan media semasa - Fahmi
Kerajaan sedang meneliti situasi 3W atau 3 Win iaitu 'menang-menang-menang' antara organisasi media, pengamal media dan pembaca, selari dengan perubahan dan perkembangan media hari ini.