Kementerian Sumber Manusia hari ini menarik semula Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (RUU SIP 2017) yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 1 Ogos lalu.
Perkara itu diumumkan Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem dengan mengguna pakai Peraturan Mesyuarat 62.
Memetik kenyataan media yang dikeluarkan, Richard Riot berkata beliau akan membentangkan semula RUU SIP 2017 pada Selasa untuk bacaan pertama manakala bacaan kedua pada 25 atau 26 Oktober ini.
"Kerajaan amat komited untuk melaksanakan SIP mulai Januari 2018.
"Pelaksanan SIP akan merangkumi semua majikan dan pekerja di sektor swasta iaitu seramai lebih kurang 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja," katanya.
Skop kehilangan pekerjaan termasuk pemberhentian kerja biasa, skim pemisahan sukarela, force majeure, majikan yang melarikan diri, muflis, penutupan perniagaan, penyusunan semula perniagaan, lebihan pekerja, automasi dan seumpamanya.
Dalam temubual bersama Astro AWANI sebelum ini, Richard Riot berkata RUU itu telah mendapat persetujuan hasil rundingan tiga pihak melibatkan Kerajaan, majikan dan pekerja.
Malah, ujar beliau pihaknya juga telah mengadakan lebih 20 sesi perbincangan melibatkan pihak berkepentingan bagi memastikan jumlah caruman yang bakal dilaksanakan memberi manfaat besar kepada pekerja.
Katanya, dalam perbincangan itu majikan dan pekerja telah setuju bahawa jumlah caruman adalah 0.4 peratus iaitu 0.2 peratus caruman majikan manakala 0.2 peratus lagi melibatkan pekerja.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 23 2017

Richard akan membentangkan RUU SIP 2017 untuk bacaan kali pertama pada Selasa ini manakala bacaan kedua pada 25 atau 26 Oktober ini. - Foto fail Bernama.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

PRU15: SUPP hampir pasti tidak pertaruh ADUN, beri peluang muka baharu - Dr Sim
Jelas Dr Sim berkemungkinan besar ADUN dari SUPP tidak bertanding untuk kerusi parlimen kerana parti itu mempunyai ramai individu yang mahu menyumbang dan memikul tanggungjawab wakil rakyat.

Impian wujudkan pusat kraf Bidayuh dan hotel bertaraf 3 bintang di Serian
Di mana-mana sahaja, baik di bandar atau luar bandar, hasrat orang ramai pastinya sama iaitu mahu melihat kemajuan dan penambahbaikan.

Kerajaan tarik semula RUU Sistem Insurans Pekerjaan
Kementerian Sumber Manusia hari ini menarik semula Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (RUU SIP 2017) yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 1 Ogos lalu.

Kerajaan isytihar 2017 tahun TVET - Riot
Kerajaan telah mengisytiharkan 2017 sebagai Tahun TVET dalam usaha mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Malaysia akan mempunyai 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020
Sebanyak 35 peratus tenaga kerja Malaysia menjelang 2020 akan terdiri daripada tenaga kerja mahir, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.