KUCHING: Kerajaan menanggung kira-kira RM93 juta bagi pemberian Tol Rahmah percuma kepada pengguna lebuh raya selama empat hari yang bermula hari ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata pemberian tol percuma pada hari ini hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin) membabitkan 33 lebuh raya utama negara adalah satu daripada aspirasi Madani untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Menurut Ahmad, jumlah itu adalah anggaran awal oleh Pejabat Belanjawan Negara untuk dibayar kepada konsesi yang terlibat.
"Anggaplah itu (pemberian Tol Rahmah) sebagai duit raya, ini sebahagian daripada duit rakyat juga yang kita berikan semula kepada rakyat bagi memberikan peluang kepada pengguna lebuh raya balik ke kampung halaman atau menziarahi keluarga sempena Aidilfitri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Penyerahan Sumbangan 2023 yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sarawak Vijayen Nagalingham di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata hasil kutipan cukai LHDN di Sarawak tahun lepas mencatatkan sebanyak RM6.6 bilion.
"Tahun ini kita sasarkan hasil kutipan cukai sebanyak RM6.8 bilion, saya harap rakyat Sarawak yang layak membayar cukai masing-masing, sekiranya mengalami masalah boleh membuat pengakuan sukarela dari 1 Jun hingga 31 Mei tahun depan dan membuat rundingan dengan pegawai hasil untuk pembayaran," katanya.
Pada majlis itu, sejumlah 30 asnaf yang layak dari kawasan Petra Jaya menerima sumbangan berbentuk bakul makanan dan wang tunai sejumlah RM150 seorang.
Bantuan itu adalah hasil daripada kutipan ikhlas pegawai daripada Kesatuan dan Kelab HASiL Sarawak dalam usaha membantu golongan yang memerlukan sempena sambutan Aidilfitri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023
Pemberian tol percuma pada hari ini hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin) membabitkan 33 lebuh raya utama negara. - Gambar hiasan
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Kerajaan tanggung RM93 juta bagi laksana Tol Rahmah - Ahmad Maslan
Menurut Ahmad, jumlah itu adalah anggaran awal oleh Pejabat Belanjawan Negara untuk dibayar kepada konsesi yang terlibat.
PM umum Tol Rahmah Percuma empat hari sempena Aidilfitri
Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah Percuma empat hari untuk semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.