SEKINCHAN: Kerajaan Selangor mempertimbangkan untuk menambah mesin menuai padi mini bagi memaksimumkan hasil tuaian komoditi itu, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.
Beliau berkata penggunaan jentera menuai bersaiz besar oleh kebanyakan pesawah dikenal pasti menjadi antara punca hasil tuaian padi yang kurang optimum.
"Kita mendapati jentera menuai besar ini menyebabkan kehilangan padi sekitar 20 peratus.
"Melalui penggunaan jentera menuai bersaiz mini, kehilangan hasil tuaian berkurangan dengan ketara atau hanya setakat 3 ke 5 peratus," katanya ketika sesi lawatan kerja ke Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Bahagian Jentera di sini semalam.
Izham berkata setakat ini terdapat tujuh jentera menuai padi mini di bawah seliaan agensi pertanian di Selangor dan bilangan berkenaan berkemungkinan akan ditambah mengikut kesesuaian semasa.
Selaras dengan Pelan Transformasi Agro Selangor (PETA), kerajaan negeri juga bercadang untuk memantapkan lagi penyediaan jentera dan peralatan pertanian lain yang sesuai seperti dron untuk digunakan oleh golongan petani di negeri itu, katanya.
Terdahulu pada lawatan itu, Izham berkesempatan memeriksa dua jentera menuai padi mini yang diterima oleh PPN Bahagian Jentera menerusi peruntukan Lembaga Pertubuhan Peladang Selangor 2024 dan telah dibuka untuk sewaan kepada pesawah di bahagian Barat Laut Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
Izham (kanan) ketika gimik Penyerahan Jentera Menuai Mini ketika membuat lawatan kerja ke PPK Negeri Selangor Bahagian Jentera di Jalan Tali Air 10 Pasir Panjang Sekinchan, Sabak Bernam, 23 Julai 2024. --fotoBERNAMA
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Pemantauan pematuhan tauliah pastikan agama tidak disalah guna - MAIS
Pemantauan pematuhan syarat tauliah mengajar agama Islam yang dilaksanakan dengan tegas di Selangor adalah bagi memastikan keharmonian masyarakat dan kesucian agama terbela.
Kenaikan cukai taksiran: MPSepang jangka kutip RM191.9 juta
MPSepang menjangkakan hasil kutipan cukai taksiran meningkat daripada RM150.9 juta kepada RM191.9 juta pada tahun depan.
Cukai taksiran Selangor naik 25 peratus mulai Januari 2025
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25 peratus berbanding kenaikan asal melebihi 100 peratus, berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Selangor teruskan dasar pengurangan duti hiburan
Amirudin berkata dasar mengecualikan duti hiburan secara penuh bagi artis tempatan akan diteruskan pada tahun depan.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Penyokong mahu Selangor jelaskan sebab Nidzam letak jawatan
Penyokong menggesa Selangor FC mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab pengendali pasukan itu, Nidzam Jamil meletakkan jawatan secara mengejut.
Kutipan hasil Selangor tahun ini melebihi sasaran - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM2.218 bilion setakat bulan ini, melebihi sasaran awal ditetapkan pada RM2.2 bilion.