KUALA SELANGOR: Kerajaan Negeri Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi melaksanakan pertanian berimpak tinggi dan meningkatkan kadar sara diri komoditi makanan di Selangor dengan peruntukan berjumlah RM24 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata jalinan strategik menerusi PKPS itu bagi memperkukuh agenda sekuriti makanan di bawah kerangka Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA).
"Peruntukan yang akan disalurkan KPKM berjumlah RM24 juta melibatkan beberapa projek pertanian yang telah pun bermula sejak awal tahun ini.
"Antaranya ialah projek tananam jagung bijirin di Kuala Langat Selatan dan Rawang berkeluasan 300 ekar (121 hektar), projek pembangunan ladang lembu tenusu di ladang PKPS Sungai Tengi, projek tanaman kontan dan bernilai tinggi di Selangor Fruit Valley dan projek gedung makanan ihsan Selangor," katanya selepas sesi pertukaran dokumen MoU pada majlis penutup Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini.
Mohamad Khairil berkata KPKM akan berperanan sebagai pembiaya program serta menyediakan bantuan kepakaran teknikal, manakala PKPS akan menyediakan tanah serta peserta bagi kesemua program ini.
"Kedua-dua organisasi juga akan memperkemas peranan dalam rantaian bekalan bagi memastikan produk dapat sampai kepada rakyat pada harga berpatutan," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan majlis penutup program itu menyaksikan pemeteraian MoU berkenaan bersama-sama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
MoU itu ditandatangani Mohamad Khairil dan Ketua Setiausaha KPKM Datuk Lokman Hakim Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Kerajaan Negeri Selangor menandatangani MoU bersama KPKM bagi melaksanakan pertanian berimpak tinggi dan meningkatkan kadar sara diri komoditi makanan di Selangor dengan peruntukan berjumlah RM24 juta. - Foto BERNAMA
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Telegram, Wechat mulakan proses pelesenan - MCMC
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.
[TERKINI] Gaduh di LRT: Siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya
Sebanyak lapan tangkapan telah dilakukan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai penyokong bola sepak di Setsen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar tasik Selatan.
Tsunami 20 Tahun : Aceh Sebagai Makmal Hidup Pengurusan Bencana
Editor Astro AWANI, Nazri Kahar membawakan perkembangan semasa mengenang dua dekad tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa.
Selangor cadang lima peratus dana rizab persekutuan diberi kepada negeri-negeri
Kerajaan negeri Selangor mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan lima peratus daripada dana rizab persekutuan untuk diberikan kepada kesemua negeri.
Belanjawan: Selangor kenal pasti jajaran utama bagi projek Rel Kita Selangor
Kerajaan Selangor kenal pasti jajaran utama bermula dari Sabak Bernam hingga ke Negeri Sembilan bagi pelaksanaan projek Rel Kita Selangor.
Pemulihan kanak-kanak GISB: Selangor tubuh pasukan khas
Penubuhan pasukan khas itu berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2 Okt lepas.
Sasar 50,000 usahawan sertai Platform Selangor pada 2025 - MB Selangor
Kerajaan negeri turut memperuntukan RM5 juta pada tahun ini bagi membantu para usahawan yang terlibat.
Kempen ‘GUARD OUR FUTURE’ KAO tiba di Malaysia, kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor banteras denggi
61,080 produk Biore GUARD Mos Block Serum disumbangkan bersama penganjuran program pendidikan dan kesedaran di 50 sekolah serata Selangor.
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Kerajaan anjur Program Madani Rakyat Zon Tengah pada 23 - 25 Feb ini
Program Madani Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Baucar buku kepada mahasiswa Selangor minggu depan - MB
Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 kepada mahasiswa di negeri itu pada minggu hadapan.
Selangor bangunkan Pusat Operasi Bencana Daerah
Smart Selangor Delivery Unit akan membangunkan Pusat Operasi Bencana Daerah di setiap Pejabat Daerah dan Tanah negeri itu.
Penjawat awam Selangor wajar dapat insentif setanding pencapaian negeri - Amirudin
Menteri Besar Selangor membayangkan penjawat awam negeri itu bakal menerima insentif setanding pencapaian kerajaan negeri.