SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM2.45 bilion, merangkumi RM1.25 bilion (51 peratus) untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.20 bilion untuk perbelanjaan pembangunan (49 peratus).
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan belanjawan itu di Dewan Negeri Selangor hari ini berkata, bagi tahun hadapan kerajaan negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2 bilion.
Beliau berkata, antara penyumbang utama kepada hasil negeri tahun hadapan adalah premium tanah sebanyak RM753.72 juta bersamaan 38 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan, diikuti hasil cukai tanah sebanyak RM570.51 juta (29 peratus) dan pemberian Persekutuan berjumlah RM214.81 juta (11 peratus).
"Mengambil kira jangkaan hasil negeri yang berjumlah RM2 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.45 bilion, maka Belanjawan 2023 mengalami defisit berjumlah RM450 juta," katanya.
Beliau berkata, defisit itu adalah lebih tinggi berbanding defisit Belanjawan 2022 (RM293 juta) dan ia bagi membuat persediaan pengurusan bencana akibat perubahan iklim serta penyediaan peruntukan pembangunan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan Selangor.
Amirudin berkata anggaran perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM1.25 bilion yang merangkumi perbelanjaan bagi emolumen (RM449.73 juta), perkhidmatan dan bekalan (RM561.77 juta), aset (RM12.68 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM185.96 juta) serta perbelanjaan lain (RM39.82 juta).
Dalam cadangan peruntukan pembangunan berjumlah RM1.2 bilion, katanya sebahagian besar diperuntukkan kepada sektor sosial berjumlah RM360 juta; pembangunan infrastruktur berjumlah RM355 juta; RM287 juta bagi tujuan pembangunan ekonomi manakala selebihnya RM198 juta dicadangkan untuk sektor kesihatan, pendidikan dan pembangunan luar bandar.
Amirudin berkata dengan tema, "#KitaSelangor: Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan" kerajaan negeri menggariskan lima teras utama.
Lima teras tersebut ialah Mengukuhkan Pertumbuhan Ekonomi; Membudaya Perpaduan dan Masyarakat Penyayang; Pendidikan dan Pembangunan Generasi Masa Depan; Kehidupan Lestari dan Sejahtera dan Tadbir Urus Cekap dan Bertanggungjawab.
Katanya kerajaan negeri turut menyasarkan pengukuhan ekonomi dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025 yang akan memperkasakan usaha promosi penggalakan pelaburan dan usaha tersebut turut dilaksanakan menerusi anak syarikat, Invest Selangor dengan peruntukan RM25 juta.
Menurut Amirudin, Selangor turut mengenal pasti dua industri baharu yang berpotensi untuk melonjakkan negeri sebagai destinasi pelaburan iaitu industri perkhidmatan logistik dan pelaburan digital.
Selain itu, Amirudin berkata kerajaan negeri akan melanjutkan pengecualian Duti Hiburan yang diberikan pada tahun ini sehingga 31 Disember 2023.
Amirudin berkata kerajaan negeri akan memberikan tumpuan utama kepada sektor pertanian khususnya pertanian makanan melalui Program Keselamatan Bekalan Makanan Negeri Selangor dengan peruntukan berjumlah RM7.9 juta pada tahun depan, hasil pengalaman dan pengajaran yang diperoleh semasa pandemik COVID-19 serta kesan daripada cuaca yang tidak menentu sebelum ini.
Katanya Jabatan Pertanian Negeri Selangor juga akan menerima peruntukan RM11 juta melalui 14 program insentif bagi melaksanakan program tumpuan terhadap produktiviti tanaman, pemindahan teknologi, makanan selamat serta pengeluaran produk pertanian berorientasikan eksport melalui usaha menaik taraf infrastruktur agromakanan dan pengamalan teknologi terkini di peringkat ladang dan premis.
Amirudin berkata kerajaan negeri memperuntukkan dana pinjaman di bawah Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor dengan peruntukan sebanyak RM100 juta yang dapat memberi manfaat kepada 4,000 pemohon dan dijangka akan dilaksanakan seawal suku kedua 2023.
Pada tahun depan, katanya projek tebatan banjir akan dilaksanakan di lembangan Sungai Klang dengan peruntukan RM6.255 juta; lembangan Sungai Langat (RM5.67 juta) dan lembangan Sungai Selangor (RM1.52 juta) yang bakal dilakukan secara sinergi dengan projek di bawah peruntukan Persekutuan bagi mendapatkan keberkesanan yang lebih holistik dalam menangani isu banjir di negeri ini.
Katanya Selangor juga akan meneruskan program pengecualian cukai taksiran bagi kategori kediaman kos rendah dan kediaman kampung serta fi lesen penjaja dan peniaga kecil bagi tahun kelapan pada tahun 2023 yang dianggarkan memberikan impak kewangan berjumlah RM68.7 juta kepada kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022
Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM2.45 bilion, merangkumi RM1.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.20 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, kata Datuk Seri Amirudin Shari. - Gambar BERNAMA
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.
Minat syarikat China untuk melabur di Malaysia meningkat - PM Anwar
Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pelabur-pelabur dari China untuk meneroka pelaburan di Malaysia hasil lawatan kerja Perdana Menteri.
107 mangsa konflik hidupan liar terima bantuan RM608,000 tahun ini
Perhilitan menyalurkan RM608,000 kepada 107 mangsa yang terlibat dalam konflik dengan hidupan liar, setakat Oktober tahun ini.
Permohonan kemasukan Tingkatan Satu 2025 RKPYS dibuka hingga 19 Nov
Permohonan kemasukan pelajar tingkatan satu 2025 bagi Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia - Yayasan Selangor (RKPYS) kini dibuka hingga 19 Nov ini.
Warga emas didakwa cederakan rakan
Seorang warga emas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan rakannya hingga parah.
Siapa pun menang Pilihan Raya Presiden AS, dasar luar Malaysia tidak berubah
Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan siapa pun yang menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), tidak akan mengubah dasar luar Malaysia kepada negara itu.
Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara sehingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda di hampir seluruh negara sehingga 6 petang ini.
3 individu direman dipercayai minta, terima rasuah pendakwah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman tiga individu termasuk seorang aktivis politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti, kononnya bertujuan membantu menyelesaikan kes penggubahan wang haram (AMLA) membabitkan dirinya yang sedang dalam siasatan polis.
Isu RM94 juta: Speaker minta Ahli Parlimen Pendang kemuka bukti atau mohon maaf
Speaker Dewan Rakyat meminta Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan penemuan wang tunai sebanyak RM94 juta di kediaman seorang bekas menteri DAP.
AGC masih teliti representasi kedua Muhammad Sanusi
Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi kedua dikemukakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menggugurkan dua pertuduhan menghasut terhadapnya berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada Julai tahun lalu.
Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebagai tanda solidariti rakyat Selangor kepada penduduk Palestin.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
Selangor komited perkasa pendidikan, Israk Solutions suntik sinergi
Syarikat berstatus ISO 9001, Israk Solutions Sdn Bhd optimis menjalinkan kerjasama membangunkan sektor pendidikan khususnya di Selangor.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Pemaju janji, tetapi tiada kepala surat
Janji dikemukakan syarikat pemaju menerusi jurucakap pemaju hartanah bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kepala surat.
Roboh Stadium Shah Alam masih dalam perbincangan
Cadangan dan perancangan masa depan Stadium Shah Alam akan diumumkan pada 16 Julai ini.
Sambutan Tahun Baharu Cina kekal dirai secara dalam talian
Para penonton dijemput mengambil bahagian dalam pelbagai peraduan dalam talian dengan mengikuti arahan juruacara bagi memenangi angpau berjumlah RM10,000.
Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU.
Meskipun mencabar, penduduk Lembah Klang siap sedia berdepan gangguan air
Situasi terputus bekalan air bukan kali pertama berlaku, cuma kali ini, pihak pengurusan Air Selangor membuat pengumuman lebih awal.
Penduduk Selangor dibenarkan makan dan minum dalam restoran mulai esok
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata orang ramai harus mematuhi penjarakan sosial.
COVID-19: Selangor tubuh pasukan khas, diketuai Dr Dzulkefly Ahmad
Kerajaan Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau, mengawas dan memberi pendidikan kepada rakyat berhubung jangkitan COVID-19 di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.