KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan peruntukan geran sebanyak RM19.2 juta kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat, tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan itu sejajar dengan prinsip keterangkuman Keluarga Malaysia bagi memastikan tiada mana-mana golongan terpinggir.
"Kita memang beri kepada Orang Kurang Upaya (OKU), pusat OKU, warga emas dan pusat-pusat jagaan yang lain.
"Untuk kanak-kanak istimewa atau warga emas yang tidak tinggal di pusat jagaan, kerajaan juga bagi bantuan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Insan, di sini hari ini.
Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Bantuan dalam bentuk Geran Rangsum (makan minum), Geran Pentadbiran, Elaun Khas Murid OKU, Geran Perkapita dan Geran Pembaikan itu bertujuan menampung sebahagian kos ditanggung PSK.
Semasa sesi lawatan itu, perdana menteri turut menyerahkan sumbangan 'ang pau' dan pek makanan kepada para penghuni di pusat berkenaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini.
Sementara itu, Rina Harun berkata kerajaan telah menyalurkan bantuan khas kepada 1,225 pusat jagaan OKU dan warga emas yang terjejas berikutan penularan COVID-19.
"Pusat-pusat ini mengadu kurangnya bantuan daripada syarikat-syarikat korporat ketika COVID-19.
"Untuk 2022 ini, kita teruskan bantuan-bantuan ini selain bantuan langsung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan itu sejajar dengan prinsip keterangkuman Keluarga Malaysia bagi memastikan tiada mana-mana golongan terpinggir. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kerajaan sedia RM19.2 juta bantu PSK tahun ini - PM
Bantuan itu sejajar dengan prinsip keterangkuman Keluarga Malaysia bagi memastikan tiada mana-mana golongan terpinggir.