KUALA LUMPUR:Kerajaan sentiasa terbuka untuk mengkaji undang-undang sedia ada termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk penambahbaikan, kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Malah tambah beliau, pandangan masyarakat sivil akan turut diambil kira bagi kepentingan awam dan negara dalam proses itu.
"Saya merasakan kerajaan tidak mempunyai masalah terutama sekiranya pandangan diberikan masyarakat sivil untuk kita menambah baik perundangan sedia ada," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan R. Sivarasa (PH-Sungai Buloh) mengenai sama ada kerajaan bercadang meminda atau memansuhkan OSA serta melaksanakan Akta Kebebasan Maklumat khususnya bagi melindungi pemberi maklumat.
Dalam pada itu menjawab soalan asal Sivasara, Takiyuddin berkata, pemberi maklumat yang bertindak dengan niat baik dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
Katanya, melalui Akta 711 yang dikuat kuasa mulai 15 disember 2010 itu, pemberi maklumat diberi perlindungan berkenaan maklumat sulit, membabitkan identiti, alamat, pekerjaan dan yang berkaitan.
Katanya, pemberi maklumat juga kebal daripada tindakan sivil dan jenayah serta dilindungi daripada tindakan memudaratkan, sama ada terhadap dirinya atau mana-mana orang mempunyai hubungan atau kaitan.
Takiyuddin berkata, skop pelaksanaan Akta 711 membabitkan sektor awam dan swasta seperti peruntukan dalam, Seksyen 2 akta berkenaan selain skop agensi penguatkuasaan ditakrifkan adalah luas.
"Ia merangkumi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia," katanya.
Bagi tujuan tersebut, jelas Takiyuddin, pemberi maklumat juga perlu memberikan kerjasama dan bertindak mengikut peruntukan yang ditetapkan bagi membolehkan perlindungan yang sewajarnya diberikan kepada mereka di bawah undang-undang.
Astro Awani
Wed Dec 02 2020
Takiyuddin Hassan berkata, pandangan masyarakat sivil akan turut diambil kira bagi kepentingan awam dan negara dalam proses itu. - Gambar fail/BEERNAMA
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu.
Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
Malaysia tidak akan tergesa-gesa respons ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global - PM Anwar
Malaysia ambil pendekatan bebas dan berkecuali, sekali gus membolehkan Malaysia menjalin hubungan dengan semua negara tanpa terikat kepada mana-mana blok kuasa.
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
Bahas kepentingan rakyat dan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah - Agong
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat undang-undang digubal, medan semak dan imbang pentadbiran
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Hubungan Malaysia-China melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.