SEMPORNA: Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan termasuk dana melalui Agrobank yang boleh dimanfaatkan pemain industri perikanan laut dalam memodenisasi kapal serta mekanisasi tangkapan.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata inisiatif itu bukan sahaja sebagai membantu pemain industri tetapi menarik lebih ramai pihak untuk meneroka sektor perikanan laut dalam.
"Dana ada disediakan kerajaan melalui Agrobank dan kita harap pemain industri memanfaatkan bantuan itu.
"Kita menumpukan industri perikanan laut yang belum diterokai sepenuhnya, perkara ini selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 bukan sahaja untuk kelangsungan bekalan makanan tetapi turut membuka peluang untuk mengeksport sumber perikanan laut dalam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kilang pemprosesan dan bilik sejuk beku ikan di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya industri perikanan tuna mempunyai potensi besar sebagai sumber kekayaan baharu Sabah tetapi belum diterokai sepenuhnya.
"Perairan Sabah ini kaya dengan sumber perikanan laut dalam yang masih belum diterokai, tuna ini berhijrah, malang tidak ditangkap, ia sumber ekonomi yang besar untuk menambah hasil pendapatan negeri," katanya.
Berdasarkan pencapaian pada tahun ini Malaysia merekodkan hasil pendaratan tuna sebanyak 55,138.63 tan metrik bernilai lebih RM491 juta dalam tempoh lapan bulan bermula Januari hingga Ogos lepas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata kerajaan melalui pihaknya menyediakan RM150 juta dana pada tahun ini untuk membantu pemain industri perikanan.
"Pada fasa pertama (tahun ini), setakat ini kita menerima serta meluluskan 37 permohonan dan sudah mengagihkan RM132 juta kepada pelanggan untuk membiayai bot nelayan dari segi modenisasi yang nak tukar daripada kapal kayu kepada fiber dan beli peralatan.
"Bagi fasa kedua, sebanyak RM200 juta dana disediakan pada tahun hadapan," katanya
Beliau berkata Agrobank mengalu-alukan permohonan nelayan di negara ini dan bersama mengembangkan industri perikanan ke arah mencapai skim saraan makanan mencukupi untuk kegunaan rakyat sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022

Ronald berkata, inisiatif itu bukan sahaja sebagai membantu pemain industri tetapi menarik lebih ramai pihak untuk meneroka sektor perikanan laut dalam. - Gambar fail

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
EU perkukuh pertahanan, ikrar sokong Ukraine
Pemimpin-pemimpin Eropah pada Khamis bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan terus menyokong Ukraine.
Putin tegas rundingan damai perlu jamin keselamatan Rusia
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menegaskan bahawa sebarang perjanjian damai dengan Ukraine mesti menjamin keselamatan jangka panjang Rusia dan menolak sebarang penarikan semula dari wilayah yang telah dikuasai dalam konflik ini.
Zelenskiy seru gencatan senjata udara dan laut
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, menggesa pemimpin Kesatuan Eropah (EU) untuk menyokong cadangan gencatan senjata antara pasukan Rusia dan Ukraine di udara serta di laut.

Kerajaan sedia dana bantu pemain industri perikanan laut dalam - Ronald
Inisiatif itu bukan sahaja sebagai membantu pemain industri tetapi menarik lebih ramai pihak untuk meneroka sektor perikanan laut dalam.