KUCHING: Kerajaan dalam usaha merangka beberapa strategi untuk memperkukuh keterjaminan makanan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata pihaknya serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang diterajui Datuk Seri Mohamad Sabu, bertanggungjawab di peringkat teknikal bagi menilai serta memberi input berkaitan isu pertanian sebelum ia dibentang di peringkat Kabinet.
"Kita akan melihat kepada keseluruhan rantai nilai... maknanya kita kena melihat kepada kualiti benih dan input pertanian, baja, baka, makanan haiwan dan sebagainya... dari situ juga, kita akan selaras dengan semua kementerian termasuk kementerian saya kerana ia juga melibatkan sektor perladangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak Liansin di sini hari ini.
Beliau berkata strategi keterjaminan makanan secara keseluruhannya akan memberi penyelesaian kepada teknologi yang sesuai dalam memastikan Malaysia mempunyai bekalan mencukupi dan mampu dimiliki rakyat.
Terdahulu, Fadillah mengagihkan 2,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai sempena program anjuran Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) dan Liansin Trading Sdn Bhd itu.
Mengulas pertemuannya baru-baru ini dengan Ketua Whip Pembangkang Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, beliau berkata ia merupakan perjumpaan awal untuk memberi ruang kepada blok itu membuat tawaran bagi menjalin kerjasama dengan kerajaan.
"Mereka perlu buat tawaran kepada kita secara black and white dan dari situ nanti, apabila kita sudah terima tawaran itu, kerajaan akan tubuhkan pasukan untuk kita berunding dengan mereka.
"Kita akan lihat apa skop kerjasama yang boleh dilakukan antara kedua-dua pihak seperti yang berlaku dalam kerajaan terdahulu iaitu ada tandatangan MoU (Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan), jadi ada terma dan syaratnya," katanya.
Fadillah berkata tiada tarikh akhir ditetapkan untuk pihak pembangkang mengemukakan tawaran jalinan kerjasama itu dan kerajaan terbuka bagi sebarang rundingan sekiranya kedua-dua blok tidak mencapai kata sepakat.
Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat berkata Ahli Parlimen pembangkang perlu berbincang dengan Fadillah yang ditugaskan mengetuai pasukan untuk menguruskan isu peruntukan kepada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
Fadillah berkata, strategi keterjaminan makanan secara keseluruhannya akan memberi penyelesaian kepada teknologi yang sesuai dalam memastikan Malaysia mempunyai bekalan mencukupi dan mampu dimiliki rakyat. - Gambar fail/ Bernama
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Rangkaian 5G: Hassan Karim dakwa kerajaan dibayangi kapitalis kroni
Penganugerahan tender rangkaian kedua 5G oleh MCMC kepada U Mobile Sdn Bhd, membuktikan kerajaan seolah-olah terpaksa akur dengan golongan kapitalis di negara ini.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Banjir Sepanyol: PM Anwar sampaikan rasa simpati
Anwar Ibrahim menyampaikan rasa simpati beliau kepada orang ramai di Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar di negara itu.
Anwar berhadapan jadual padat pada hari kedua lawatan kerja ke Shanghai
Hari ini Anwar akan memulakan harinya dengan berucap pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7.
China dijangka kekal jadi rakan dagang terbesar Malaysia pada masa depan
China dijangka terus menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia, lebih-lebih lagi dengan kematangan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sudah mencecah 50 tahun.
PM Anwar, delegasi Malaysia diberi penghormatan tinggi dalam lawatan kerja ketiga ke China
Malaysia menerima penghormatan besar oleh China dalam siri lawatan kerja ketiga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu yang bermula 4 hingga 7 November 2024.
Kerajaan sentiasa pantau keselamatan pasukan MALBATT di Lubnan - PM Anwar
Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob sentiasa memaklumkan setiap perkembangan pasukan pengaman tersebut.