PUTRAJAYA: Kerajaan telah menyelesaikan kajian menyeluruh mengenai rejim perkhidmatan bantuan guaman semasa dan sedang memuktamadkan dasar berkaitan untuk memperkenalkan perundangan baharu bagi menggantikan Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26].
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, undang-undang baharu itu bertujuan merangkumi perkhidmatan bantuan guaman sivil dan jenayah termasuk perkhidmatan pembela awam dalam usaha memastikan akses kepada keadilan tidak dinafikan kepada mana-mana orang.
Dalam semangat yang sama, BHEUU memaklumkan, kerajaan meneruskan usahanya untuk mempromosikan program 'Justice on Wheels' dilancarkan pada 25 Jan lalu yang menggunakan pendigitalan dan platform mudah alih untuk menyediakan perkhidmatan guaman kepada masyarakat luar bandar termasuk di kawasan FELDA di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, memandangkan kepesatan perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan pelanggaran data oleh penyedia rangkaian dan platform, kerajaan kini sedang merangka Akta Keselamatan Digital (DSA) bagi menyediakan prosedur berkaitan pencegahan jenayah siber.
"Ini termasuk pencegahan penyebaran bahan penderaan kanak-kanak, penipuan dalam talian dan keganasan...untuk mengawal selia penggunaan selamat kemudahan rangkaian, perkhidmatan, aplikasi dan perkhidmatan aplikasi kandungan di Malaysia, menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan sempena lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ke Zanzibar, Tanzania bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel (CLMM) 2024) dari Isnin hingga Jumaat ini.
Mesyuarat itu bertemakan "Teknologi dan Inovasi: Bagaimana Pendigitalan Membuka Jalan untuk Pembangunan Akses Berpaksikan Rakyat kepada Keadilan", berdasarkan komitmen kolektif Negara Anggota Komanwel ke arah mencapai cita-cita Deklarasi Komanwel mengenai Akses kepada Keadilan dan Pelan Tindakan, yang memperjuangkan akses yang sama kepada keadilan untuk semua.
Keputusan CLMM 2024 itu akan dibincangkan semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2024 yang dijadualkan berlangsung di Samoa.
Selaras dengan tema CLMM 2024, BHEEU memaklumkan, kerajaan MADANI mengiktiraf bahawa seperti diperuntukkan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, semua orang berhak mendapat perlindungan undang-undang yang sama dan sudah tiba masanya kemajuan teknologi digerakkan untuk memajukan tanggapan ini..
"Usaha juga telah diambil oleh kerajaan terutamanya berkaitan eksploitasi dan penderaan seksual dalam talian untuk melindungi kanak-kanak melalui pindaan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [Akta 792] tahun lepas.
"Peruntukan baharu diperkenalkan dalam akta tersebut bagi menangani ancaman pemerasan seksual kanak-kanak yang semakin meningkat dan penyalahgunaan penstriman langsung merentasi sempadan dan menuntut kerjasama rentas sempadan," menurut BHEUU. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
![Kerajaan sedang muktamad dasar berkaitan bagi ganti Akta Bantuan Guaman 1971 Kerajaan sedang muktamad dasar berkaitan bagi ganti Akta Bantuan Guaman 1971](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708924764_TBCourtHammer.jpg)
Kerajaan telah menyelesaikan kajian menyeluruh mengenai rejim perkhidmatan bantuan guaman semasa dan sedang memuktamadkan dasar berkaitan untuk memperkenalkan perundangan baharu bagi menggantikan Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26].
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Kerajaan sedang muktamad dasar berkaitan bagi ganti Akta Bantuan Guaman 1971 Kerajaan sedang muktamad dasar berkaitan bagi ganti Akta Bantuan Guaman 1971](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708924764_TBCourtHammer.jpg)
Kerajaan sedang muktamad dasar berkaitan bagi ganti Akta Bantuan Guaman 1971
Undang-undang baharu itu bertujuan merangkumi perkhidmatan bantuan guaman sivil dan jenayah termasuk perkhidmatan pembela awam.