LIPIS: Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz menjelang 2030.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid berkata program itu yang bertujuan memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak akan menggunakan modul Yayasan Pahang, Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) dan Kemas.
"Saya persembahkan (cadangan tersebut) kepada Sultan Pahang (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) yang ketika itu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku telah menyarankan pra tahfiz Kemas yang dilaksanakan oleh Yayasan Pahang dapat digunakan oleh Kemas.
"Mudah-mudahan ini (Tabika Kemas program pra tahfiz) akan dapat dilaksanakan. Bagi kaedah (mereka) yang bukan Islam, ada kaedah lain untuk anak-anak ini. Namun, untuk ini, saya fikir anak-anak orang Islam khususnya desa dan luar bandar, sangat memerlukan pengajaran ini, kita akan teruskan," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada Program Sembang Santai Bersama Komuniti Daerah Lipis di Dewan Residen, Kuala Lipis, di sini hari ini.
Beliau berkata bagi tujuan itu, kerajaan akan menjalinkan kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mengajar guru-guru yang tidak ada latar belakang pendidikan agama untuk mengajar al-Quran dan agama Islam.
"Ertinya, kita melakukan usaha serampang dua mata iaitu untuk mengajar, pengajar mesti tahu kerana ilmu ialah tentang bagaimana input ilmu itu diberikan. Oleh sebab itu, guru-guru KEMAS ini kita lakukan latihan yang begitu iaitu kerjasama menerusi Yayasan Pahang, Yayasan PINTAR, UPSI dan melalui modul Kemas.
"Saya juga akan mengusahakan guru Kemas N29 dan kategori yang lain, kita tahulah nak minta dengan tidak mendesak tetapi memujuk supaya guru Kemas diambil kepedulian dari segi skim gaji oleh kerajaan," katanya.
Ahmad Zahid berkata pendidikan agama Islam yang betul mengikut al-Quran penting memandangkan banyak kelas taska atau tadika yang telah menyeleweng daripada asas pendidikan prasekolah yang disuntik dengan doktrin pemikiran ketaasuban.
"Maka, kita mesti mencari jalan supaya tidak berlaku penyelewengan dari segi pedagogi pendidikan atau kaedah pengajaran supaya pengajaran agama Islam dan pengajaran al-Quran itu mesti mengikut apa yang ada di dalam pengajaran kita.
"Sumber hukum berkenaan, yang pertama, pengajaran mesti yang ada di dalam al-Quran, kedua apa yang ada dalam hadith dan ketiga qias dan keempat ijmak ulamak.
"Oleh itu, kerajaan menerusi KKDW dan Kemas mencari jalan supaya pendidikan Islam khususnya untuk anak-anak prasekolah dapat diajar dengan kaedah yang benar iaitu menerusi Yayasan Pahang dan yayasan PINTAR," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Ahmad Zahid berkata program itu yang bertujuan memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak akan menggunakan modul Yayasan Pahang, Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) dan Kemas.- Gambar fail/Bernama
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

21 murid Tabika Kemas terperangkap banjir kilat di Ampang diselamatkan
Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 21 murid dalam kejadian banjir di Jalan Hulu Klang, Batu 8, berhampiran Klang Gate pada Selasa.

140,000 huffaz cilik bakal lahir menerusi Tabika Pra-Tahfiz Kemas pada 2026 - Ahmad Zahid
Seramai 140,000 kanak-kanak huffaz cilik bakal dilahirkan menerusi Program Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Pra-Tahfiz Kemas.

Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi diperluas ke Tabika Kemas
Kurikulum Pendidikan Islam di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara akan dimantapkan lagi dengan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi yang dijangka bermula Jun ini.

Program Tabika Pra Tahfiz di 10,843 tabika Kemas - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz di 10,843 Tabika Kemas bagi memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.

Transformasi Tabika Kemas bimbing akidah kanak-kanak di peringkat awal - Ahmad Zahid
Pendekatan Kemas memperkenalkan pendidikan Al-Quran dan ibadah kepada anak-anak kecil dilihat sebagai langkah yang tepat.

Kemas peruntuk RM1 juta bagi pelaksanaan program Pintar Botani
Modul Pintar Botani itu merupakan aktiviti luar bilik darjah yang menerapkan aspek Sains dan Teknologi serta Amalan Gaya Hidup Sihat melalui makanan seimbang dan berkhasiat.

Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sebagai kelas pintar selari dengan eleman pendigitalan ketika ini.

Tabika Kemas kisah kejayaan kerajaan - PM
Pelaksanaan Tabika Kemas merupakan antara kisah kejayaan kerajaan kerana ramai yang berjaya hari ini, termasuk pemimpin mula mendapat pendidikan awal di pusat bimbingan kanak-kanak tersebut.

Keputusan kenaikan elaun pembantu Tabika Kemas hujung tahun ini
Pemohonan telah dikemukakan kepada JPA untuk menaikkan elaun tersebut berikutan gaji RM500 diterima tidak setimpal dengan beban tugas.

Pembukaan Tabika Kemas baharu bergantung kepada keperluan, elak pembaziran
Pembukaan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) baharu di sesuatu kawasan bergantung kepada keperluan bagi memastikan tidak berlaku pembaziran.