KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan membuat keputusan minggu depan berhubung cadangan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) meminta penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) lebih 10 tahun mengosongkan rumah mereka, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya, terdapat teguran daripada Jabatan Audit Negara berhubung perkara itu, bagaimanapun, kerajaan negeri melihat ada penyewa lebih 10 tahun masih perlu diberikan peluang tinggal di PPR itu atas pelbagai faktor terutamanya golongan kurang berkemampuan, dan ini akan dibincangkan dengan teliti dalam Mesyuarat Kabinet negeri minggu depan.
"Ini kerana mereka yang tinggal di rumah sewa PPR adalah golongan yang masih memerlukan tempat tinggal. Secara prinsipnya kita akan pastikan nasib mereka terbela," kata Hajiji menerusi kenyataan pada Jumaat.
Media melaporkan LPPB baru-baru ini mengeluarkan notis untuk penyewa melebihi 10 tahun di beberapa PPR di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu mengosongkan kediaman berikutan teguran Jabatan Audit Negara berhubung ketidakpatuhan had tempoh menyewa yang ditetapkan.
Sementara itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri bersetuju mewujudkan Rumah Transit Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk golongan pelajar yang mencari kerja selepas tamat pengajian.
Katanya, cadangan itu akan dipanjangkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan supaya dapat diwujudkan di PPR yang sedang dalam pembinaan.
"Kita ada banyak lagi PPR yang belum siap seperti di Inanam. Jadi sebagai permulaan, kita maklumkan kementerian supaya menyediakan 50 unit contohnya daripada 1,000 unit dikhaskan untuk rumah transit ini dengan bayaran mininum," katanya.
Penyediaan rumah transit itu adalah antara cadangan yang dikemukakan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) kepada kerajaan negeri. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Hajiji berkata kerajaan negeri bersetuju mewujudkan Rumah Transit SMJ untuk golongan pelajar yang mencari kerja selepas tamat pengajian. - Gambar fail/Astro AWANI
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
2DekadTsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.
Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan
Peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan negeri itu adalah bagi pentadbiran dan pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.
Pesara kerajaan Sabah terima bonus RM1,000
Pesara kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Skandal Sabah Mineral: Serah pada pihak berwajib siasat, ambil tindakan wajar - Hajiji
Kerajaan negeri Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang unsur salah laku atau penyalahgunaan kuasa.
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
Sabah mampu dibangunkan dengan baik jika tiada ketirisan berlaku - PM Anwar
Beliau berkata usaha memajukan Sabah ini tidak mudah, tetapi beliau percaya dengan kerjasama semua pihak, akan dapat membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.
Sabah setuju penyelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA - Hajiji
Kerajaan Sabah bersetuju untuk penyelarasan gaji dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi 21,228 penjawat awam negeri itu.
Sabah catat 7,448 penempatan pekerjaan setakat 27 Sept - Hajiji
Sabah berjaya mencatat sebanyak 7,448 penempatan pekerjaan untuk penduduk negeri itu setakat 27 Sept lepas menerusi pelbagai usaha kerajaan melalui PERKESO dan pelbagai agensi terlibat.