KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor digesa untuk meningkatkan strategi bagi menangani penularan COVID-19 di negeri itu.
Ini kerana menurut Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal, peningkatan mendadak angka kes positif di negeri itu mencerminkan ketidaksungguhan kerajaan negeri dalam mengekang penularan wabak tersebut.
Malah lebih membimbangkan apabila kadar jangkitan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak juga berlaku.
‘’Mana-mana kerajaan yang prihatin pasti akan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melindungi rakyatnya daripada dijangkiti wabak ini dan bukan terus meninggalkan rakyat dalam ketakutan.
‘’Sebagai pemerintah, usaha mendapatkan bekalan vaksin untuk rakyat Sabah juga tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh apatah lagi mendesak Kerajaan Persekutuan bagi mempercepatkan penhantaran vaksin ke negeri ini,’’ katanya.
BACA: COVID-19: 31 kes positif di Sabah libatkan kanak-kanak bawah satu tahun
Tambahnya, dengan kedudukan Sabah yang terus mencatatkan kes empat angka setiap hari, strategi untuk memperkukuhkan sistem kesihatan juga wajar disegerakan.
Ini termasuk membina pusat rawatan bagi merawat pesakit COVID-19 di Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu dan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Teluk Sepanggar.
Hal ini kerana, lebih banyak ruang yang luas boleh digunakan di dua kem tersebut malah terdapat pegawai perubatan di sana yang boleh membantu merawat pesakit COVID-19.
Ini kerana kata Ahli Parlimen Semporna itu, bebanan yang ditanggung oleh hospital di negeri itu sudah mencapai tahap maksimum.
Tambahnya, ketika ini dewan bedah di Hospital Queen Elizabeth I juga digunakan sebagai wad merawat pesakit COVID-19 dan masih ramai senarai menunggu untuk mendapatkan rawatan di sana.
‘’Masih terdapat pesakit COVID-19 yang kritikal diberikan bekalan oksigen bukan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
‘’Saya dimaklumkan juga bahawa mereka yang berusia 60 tahun ke atas diberi akses terhad terhadap penggunaan mesin pernafasan kerana ia diberikan terlebih dahulu kepada pesakit lebih muda yang memiliki tahap kesembuhan lebih tinggi.
‘’Saya pasti kerajaan negeri masih berkemampuan membeli lebih banyak mesin pernafasan bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa,’’ tambahnya.
Justeru kerajaan negeri harus menyusun langkah segera dalam menangani penularan COVID-19 sekali gus meningkatkan kadar vaksinasi di negeri itu bagi mengurangkan risiko dan peningkatan kes positif di negeri itu.
Syafik Shukri Jalil
Fri Aug 27 2021
![Kerajaan Sabah perlu perhebat strategi tangani penularan COVID-19 - Warisan Kerajaan Sabah perlu perhebat strategi tangani penularan COVID-19 - Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630046379_ShafieApdal.jpg)
Tambahnya, dengan kedudukan Sabah yang terus mencatatkan kes empat angka setiap hari, strategi untuk memperkukuhkan sistem kesihatan juga wajar disegerakan. FOTO: GAMBAR FAIL
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kluster baharu libatkan kumpulan berisiko dikesan di Tuaran Kluster baharu libatkan kumpulan berisiko dikesan di Tuaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647190195_TBmasidimanjun.jpg)
Kluster baharu libatkan kumpulan berisiko dikesan di Tuaran
Kluster melibatkan seorang pelajar wanita berumur 20 tahun yang sedang menjalani latihan praktikal.
![COVID-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah COVID-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646886243_COVID.jpg)
COVID-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah
Jumlah itu tidak termasuk satu kluster yang ditamatkan pada Jumaat iaitu Kluster Jalan Terusan.
![COVID-19: 4,794 kes positif di Sabah, dijangka terus meningkat COVID-19: 4,794 kes positif di Sabah, dijangka terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645090715_Covid.jpg)
COVID-19: 4,794 kes positif di Sabah, dijangka terus meningkat
Sabah hari ini melaporkan pertambahan 4,794 kes positif COVID-19 dan negeri ini dijangka akan terus merekodkan kes positif harian yang tinggi dalam masa terdekat.
![COVID-19: Kes positif saringan individu bergejala terus meningkat di Sabah COVID-19: Kes positif saringan individu bergejala terus meningkat di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71643880938_swabtest.jpg)
COVID-19: Kes positif saringan individu bergejala terus meningkat di Sabah
Sebanyak 232 daripada 476 kes positif COVID-19 dikesan menerusi saringan individu bergejala di Sabah.
![COVID-19: Satu lagi kluster melibatkan institusi pendidikan dikesan di Sabah COVID-19: Satu lagi kluster melibatkan institusi pendidikan dikesan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643622314_TBCOVIDMERDEKA.jpg)
COVID-19: Satu lagi kluster melibatkan institusi pendidikan dikesan di Sabah
Sejumlah 367 kes positif COVID-19 dilaporkan di Sabah pada Isnin dengan satu kluster institusi pendidikan melibatkan Kluster Lorong Api-Api dikesan di negeri itu.
![COVID-19: 29 kes positif baharu di Sabah belum terima vaksin, 38 kes bawah 12 tahun COVID-19: 29 kes positif baharu di Sabah belum terima vaksin, 38 kes bawah 12 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642671428_TBCOVIDMERDEKA.jpg)
COVID-19: 29 kes positif baharu di Sabah belum terima vaksin, 38 kes bawah 12 tahun
29 atau 11.3 peratus kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan individu yang masih belum menerima suntikan vaksin.
![COVID-19: Majlis keagamaan cetus satu kluster baharu di Sabah COVID-19: Majlis keagamaan cetus satu kluster baharu di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642239104_TBmasidimanjun.jpg)
COVID-19: Majlis keagamaan cetus satu kluster baharu di Sabah
Satu kluster baharu COVID-19 dikesan di daerah Kuala Penyu, Sabah dengan 24 kes positif dilaporkan termasuk empat kes baharu hari ini.
![JKNS perkenal projek RAVO, perhebat vaksinasi outreach di Sabah JKNS perkenal projek RAVO, perhebat vaksinasi outreach di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633688715_ROSERAVO.jpg)
JKNS perkenal projek RAVO, perhebat vaksinasi outreach di Sabah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan projek Rapid Assessment and Vaccination Operation (RAVO) dalam usaha memperhebat program vaksinasi secara outreach di negeri itu.
![Semua negeri capai 80 peratus bulan ini kecuali Sabah - Khairy Semua negeri capai 80 peratus bulan ini kecuali Sabah - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633599564_TBkjvaksinjpg.jpg)
Semua negeri capai 80 peratus bulan ini kecuali Sabah - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) yakin semua negeri di seluruh negara mampu mencapai unjuran 80 peratus penduduk dewasa divaksinasi pada bulan Oktober, kecuali Sabah.
![Vaksin COVID-19: Ke mana 'menghilang' lebih 150,000 penduduk dewasa Sandakan? Vaksin COVID-19: Ke mana 'menghilang' lebih 150,000 penduduk dewasa Sandakan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632893844_TBVAKSINSANDAKAN.jpg)
Vaksin COVID-19: Ke mana 'menghilang' lebih 150,000 penduduk dewasa Sandakan?
Lebih 150,000 penduduk dewasa di Sandakan dilaporkan belum menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat ini.