PUTRAJAYA: Kerajaan sedang merancang untuk menetapkan satu pendekatan di peringkat Persekutuan bagi menyeragamkan penambahbaikan proses kelulusan kebenaran merancang (KM) di peringkat negeri dan seterusnya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan memaklumkan ia mengambil kira keberkesanan dilaksanakan di beberapa PBT yang terbukti memberi impak positif kepada pelaburan dan perkembangan ekonomi.
"Usaha dan inisiatif ini sedang dilaksanakan bagi memudah cara dan memendekkan tempoh masa kelulusan pelan pemajuan terutamanya pelan KM.
"Antara cadangan utama adalah melalui inisiatif penambahbaikan OSC 3.0 Plus," menurut kenyataan itu.
Melalui kaedah itu, KPKT memaklumkan permohonan akan dikelaskan dan diproses berdasarkan kategori dan tujuan pembangunan seperti perindustrian, perumahan, komersial, pembangunan bercampur, kemudahan awam dan KM kecil bagi ubah suai.
Berdasarkan pengkelasan itu juga, setiap permohonan akan dipertimbangkan melalui tatacara yang berbeza dan seterusnya dapat memendekkan tempoh kelulusan KM.
Menurut KPKT proses penambahbaikan itu akan dilaksanakan dahulu di 10 PBT sebagai projek rintis.
Seterusnya, cadangan penambahbaikan tersebut akan diperhalusi melalui pelaksanaan sesi libat urus bersama pihak berkuasa negeri dan PBT untuk menyediakan satu manual bagi menyeragamkan proses dan prosedur yang melibatkan perubahan kepada aliran proses sedia ada.
KPKT memaklumkan cadangan penambahbaikan itu mampu memacu peningkatan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi PBT, negeri dan negara yang didorong melalui peningkatan kompetensi dan kecekapan, penetapan tanggungjawab yang jelas serta akauntabiliti yang telus dan pengukuhan peranan semua pihak yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
KPKT dalam kenyataan memaklumkan ia mengambil kira keberkesanan dilaksanakan di beberapa PBT yang terbukti memberi impak positif kepada pelaburan dan perkembangan ekonomi. - Foto Facebook/KPKT
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Majlis daerah jangan tembak haiwan liar sesuka hati - Ismail Sabri
Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat 'mengikat' pihak majlis daerah dalam mengambil tindakan terhadap haiwan terbiar atau liar.
SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir
SPRM menahan seorang pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada pemilik restoran.
Rancangan untuk kurangkan masa kelulusan pembangunan disambut baik - REHDA
Ia akan membantu mengurangkan kos pegangan pemaju dan membolehkan mereka menyalurkan penjimatan kepada pembeli hartanah.
MBPP buat laporan polis lelaki menyamar petugas minta 'angpau'
MBPP membuat laporan polis berhubung lelaki menyamar sebagai petugas pembersihan PBT itu dipercayai untuk meminta 'angpau' daripada penduduk di kawasan Batu Lancang.
Melaka tempatkan polis jaga pematuhan SOP bazar Ramadan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka yang mempunyai kuasa juga sedia mengeluarkan kompaun.
Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.
PKPP: PBT kini sertai polis dan tentera dalam Task Force Pematuhan SOP
Dengan penyertaan PBT, lesen pemilik premis perniagaan yang masih degil boleh dibatalkan serta-merta.
PBT sertai operasi, ini lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan
PBT akan sertai Task Force Operasi Pematuhan, agar lesen pemilik premis yang ingkar PKP dapat dibatalkan serta-merta.
DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai di Selangor
Siasatan awal mendapati punca pencemaran adalah disebabkan kilang yang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat.
Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar.