Kerajaan Persekutuan tidak mengamalkan diskriminasi dalam pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Senator Datuk Husam Musa.
Husam berkata sebaliknya kerajaan Kelantan perlu meneliti apakah sebab kerajaan (Persekutuan) belum membayar royalti petroleum sedangkan pembayaran sepenuhnya telah dilakukan kepada negeri Terengganu.
"Mungkin ada masalah teknikal tertentu ... Kerajaan Kelantan perlu cermin diri apa sebab ia belum dibayar.
"Jika kerajaan Persekutuan amal diskriminasi sudah tentu bayaran royalti tidak patut dibayar kepada Terengganu kerana jumlahnya lebih besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini, ketika diminta mengulas berhubung tuntutan bayaran royalti petroleum Kelantan yang belum direalisasikan kerajaan Persekutuan.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan tiada lagi alasan untuk tidak memberikan royalti memandangkan Kelantan telah menunaikan permintaannya, termasuk menarik balik kes mahkamah.
Berikutan itu katanya Pas berharap Kelantan akan mendapat royalti minyak menerusi Belanjawan 2020 yang dibentangkan semalam bagaimanapun ia tidak disebut dalam pembentangan itu.
Dalam pada itu mengulas berhubung Persidangan Dewan Undangan (DUN) Kelantan yang akan berlangsung minggu ini, Husam berkata negeri ini mempunyai kewangan yang mencukupi untuk dibelanjakan kerana sebahagian besar peruntukan telah disalurkan kerajaan Persekutuan.
Katanya, kerajaan di bawah PH menyalurkan terus semua peruntukan kepada kerajaan tempatan termasuk penyediaan jalan raya yang seratus peratus diurus oleh Marris di Kelantan.
Cuma katanya kerajaan Kelantan dimohon memberikan perincian status projek karbon kredit yang dimasukkan dalam belanjawan Kelantan pada 2013 membabitkan keluasan satu juta hektar hutan.
"Rakyat Kelantan perlu tahu berapa bayaran yang diterima daripada satu juta hektar bagi projek karbon kredit tersebut," katanya.
Di bawah projek itu, Kelantan mengadakan jalinan kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) dalam usaha mengurangkan kadar pelepasan karbon akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di negeri-negeri membangun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 12 2019
HUSAM: Kerajaan Kelantan perlu meneliti apakah sebab kerajaan (Persekutuan) belum membayar royalti petroleum sedangkan pembayaran sepenuhnya telah dilakukan kepada negeri Terengganu. - Gambar fail
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR
SPNB memperkenalkan cat insulasi panas menggunakan sekam padi pada Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah seliaan agensi itu.
SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua
SPNB melakukan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat khusus untuk generasi kedua.
Projek sakit, Aspire Residence Cyberjaya siap September 2023 - Husam Musa
Projek kediaman Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) Aspire Residence Cyberjaya di Cyber 10 di sini yang dikategorikan sebagai 'projek sakit' akan siap September ini.
Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Husam dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Nizar Zakaria.
PRU15: Husam 'dipinang'; Johari Abdul, Sivarasa digugurkan, ini senarai penuh calon PKR
Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu, Datuk Husam Musa diumumkan akan bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-15.
PRU15: Husam sah tidak bertanding di Kelantan
Tindakan tersebut adalah salah satu strategi parti yang telah ditentukan pimpinan di peringkat pusat.
Pas tidak tergugat dengan tuduhan Husam
Pendedahan dilakukan Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu didakwa lebih terarah kepada tuduhan terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu.
Saman RM60 juta: "Cubaan untuk menghalang pendedahan saya" - Husam Musa
"Insya-Allah saya bertanggung jawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit." - Husam Musa
Syarikat pembalakan, pemilik fail saman RM60 juta terhadap Husam
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta di atas dakwaan berbaur fitnah berkaitan isu pembalakan di hutan simpan kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.
'Ambil tindakan tegas terhadap pencuri balak' - Husam
Terdapat kira-kira 43 longgokan balak yang terletak di sebelah matau Daulah Najah Sdn. Bhd kini telah disita oleh JPSM.