GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang komited dalam usaha mengukuhkan perpaduan rakyat bagi memastikan tiada pihak tercicir dalam aspek peluang ekonomi, pendidikan dan kebajikan selaras objektif dan teras Visi Penang2030.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bagi pembangunan masyarakat India, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menaikkan peruntukan daripada RM1.5 juta kepada RM2 juta yang disalurkan kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (HEB).
"Sejak penubuhan badan ini pada 2008, HEB telah menyalurkan bantuan pendidikan kepada para pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.
"Secara keseluruhan dari 2010 sehingga kini, sebanyak 3,264 pelajar yang layak telah menerima biayaan biasiswa dengan jumlah keseluruhan bernilai RM4,578,617.33 bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi," katanya dalam perutusan bersempena dengan sambutan Thaipusam di sini hari ini.
Menurut beliau, peruntukan itu membolehkan transformasi dilaksanakan di sekolah-sekolah Tamil di negeri ini sehingga menjadi antara yang terbaik di negara ini dari segi akses kepada kemudahan asas serta infrastruktur fizikal yang lengkap termasuk meningkatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Chow dalam pada itu berkata peranan kerajaan amat penting dalam membentuk sebuah negeri dan negara yang maju di samping melahirkan sebuah masyarakat MADANI, justeru beliau berharap Thaipusam yang disambut ini bukan sekadar perayaan keagamaan, tetapi juga dapat memperkukuh semangat perpaduan dan jalinan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (tengah) ketika melakukan tinjauan mesra hari ini di Jalan Utama sempena perayaan Thaipusam. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pulau Pinang akan tetapkan sendiri had harga rumah buat pembeli asing
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo akan membangkitkan perkara itu untuk dibincang semasa mesyuarat.
Kementerian, kerajaan negeri dakwa tidak tahu cadangan lapangan terbang baharu
Laporan akhbar milik MCA itu hanya menyebabkan kekeliruan di kalangan industri komunikasi dan pengangkutan.
Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dikenal pasti sebagai antara empat pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden tanah runtuh di Bukit Kukus Oktober lalu.
Kerajaan P.Pinang cadang beli semua rumah kos rendah daripada pemilik
Kerajaan Pulau Pinang sedang meneliti perancangan untuk membeli semula rumah kos rendah yang pemiliknya telah berjaya menaik taraf status sosioekonomi mereka.
Kerajaan P. Pinang digesa henti jual tanah negeri kepada pemaju
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan negeri telah menjual sejumlah besar tanah miliknya.