KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan pindaan ke atas Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 (Akta 339), yang membolehkan dana daripada kumpulan itu digunakan bagi tujuan pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan berhubung vaksin.
Ini berdasarkan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa hari ini, melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan Jabatan Peguam Negara hari ini.
Ordinan itu, yang dipinda dengan memasukkan subseksyen baharu ke dalam Seksyen 6, telah dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 14 April lepas menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Ia selepas Seri Paduka berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendaki bagi meminda akta itu.
Subseksyen baharu ini menyatakan "pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)".
Petronas merupakan penyumbang terbesar dana KWAN.
Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos, sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021
Kerajaan telah meluluskan pindaan ke atas Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 (Akta 339), yang membolehkan dana daripada kumpulan itu digunakan bagi tujuan pemerolehan vaksin. - Gambar fail/BERNAMA
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Kedudukan pelaburan kerajaan berjumlah RM35.15 bilion pada 2022 - LKAN
Kedudukan pelaburan kerajaan berjumlah RM35.15 bilion pada akhir 2022 berkurangan sebanyak RM8.24 bilion.
MoF beri KKM dan MOSTI kuasa muktamadkan perolehan vaksin
MoF turut meningkatkan peruntukan bagi perolehan vaksin dan PICK kepada RM5.8 bilion.
Dana KWAN boleh digunakan, elak defisit meningkat - Menteri Kewangan
Dana KWAN boleh digunakan setelah 10 tahun daripada tarikh penubuhannya bagi pembiayaan pembangunan termasuk pembelian vaksin.
Guna pinjaman domestik, elak guna dana KWAN - Guan Eng
Lim berkata, jika kerajaan tidak mempunyai wang, pinjaman boleh dilakukan dalam pasaran hutang domestik yang memiliki dana RM1.3 trilion.
Guna KWAN: Kluster merungut tidak konsisten
Berbagai komen diberikan mengenai keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran dana KWAN untuk tujuan menangani COVID-19.
Kerajaan tidak patut guna dana KWAN untuk perolehan vaksin, PICK - Pakar ekonomi
Dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) itu untuk digunakan generasi akan datang apabila sumber minyak dan gas negara berkurangan.
Kerajaan pinda akta benarkan dana KWAN untuk perolehan vaksin
Kerajaan telah meluluskan pindaan ke atas Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 (Akta 339), yang membolehkan dana daripada kumpulan itu digunakan bagi tujuan pemerolehan vaksin.