MELAKA: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima geran RM1.452 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi memperkasakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini.
Exco Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata peruntukan itu untuk diagihkan kepada 242 KRT berdaftar di negeri ini dengan setiap satu menerima kira-kira RM6,000 bagi melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan.
"Setiap KRT memainkan peranan penting dan berfungsi sebagai jentera perpaduan dalam menjaga keharmonian, kesejahteraan serta keselamatan komuniti setempat.
"Dengan peruntukan tersebut mereka dapat melaksanakan program bersama komuniti di kawasan masing-masing seperti mengadakan gotong-royong menghapuskan Aedes bagi mencegah denggi," katanya kepada pemberita di Ayer Keroh di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyempurnakan Perasmian Penutup Sambutan Minggu Perpaduan peringkat negeri yang turut di hadiri Pengarah JPNIN Melaka Intan Suhana Yusuff.
Ngwe berkata pada tahun ini selain daripada peruntukan itu, kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan berjumlah RM300,00 kepada JPNIN menerusi pembentangan Bajet Negeri Melaka 2024.
"Ini merupakan tahun kedua JPNIN menerima peruntukan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif perpaduan seperti program Komuniti Perpaduan MADANI.
"Kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan pembangunan perpaduan berlangsung dengan jayanya kerana ia memainkan peranan penting bagi sebuah negeri yang mempunyai rakyat berbilang bangsa," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Sambutan Minggu Perpaduan merupakan platform yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira suku kaum, budaya dan agama sebagai tapak interaksi sosial bagi mewujudkan hubungan yang muhibah.
Menurutnya sambutan yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Program 'Unity Got Talent', Pantun Perpaduan, Pertandingan Jejak Rukun Negara dan Reruai Produk Rukun Tertangga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Ngwe berkata peruntukan itu untuk diagihkan kepada 242 KRT berdaftar di Melaka dengan setiap satu menerima kira-kira RM6,000 bagi melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan. - Gambar fail/Portal rasmi Kementerian Perpaduan Negara
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Tiada kes kusta direkodkan dalam kalangan Orang Asli di Melaka
Situasi penyakit kusta dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Melaka terkawal dan tiada kes direkodkan setakat ini, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.

Kerajaan Persekutuan salur geran RM1.452 juta perkasa KRT di Melaka
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima geran RM1.452 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi memperkasakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini.

JPNIN peruntuk RM30.07 juta sedia kemudahan tadika, taska perpaduan tahun ini
Peruntukan itu meliputi penyediaan buku aktiviti, kit pemula seperti baju seragam dan beg sekolah serta perlindungan insurans.

Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid
Usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Skuad Uniti KRT diaktifkan hadapi Monsun Timur Laut
JPNIN mengaktifkan Skuad Uniti dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Johor dituduh buat tuntutan palsu
Rajali Mudin yang kini bertugas sebagai Pengarah Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan JPNIN membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Bekas Pengarah Perpaduan mengaku tidak bersalah kemuka dokumen palsu RM47,800
Rajali Mudin membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Bekas Penolong Pegawai Perpaduan mengaku tidak bersalah kemuka invois palsu RM6,000
Perkhidmatan pembekalan makanan dan minuman itu bagaimanapun tidak dilakukan dan tertuduh ketika kejadian bertugas di JPNIN Alor Gajah.

Kaji naikkan kadar geran Rukun Tetangga kepada RM10,000
Pihaknya difahamkan terdapat KRT yang aktif dalam menganjurkan pelbagai program untuk penduduk setempat, namun menghadapi kekurangan dana sehingga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.