Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan Persekutuan untuk menjadi pencelah dalam permohonan parti Gerakan mendapatkan kebenaran mencabar kesahihan undang-undang hudud Kelantan di bawah perlembagaan.
Panel lima hakim diketuai Hakim Tan Sri Ahmad Maarop membenarkan permohonan kerajaan Persekutuan selepas peguam Gerakan, Harpal Singh Grewel dan peguam kerajaan negeri Kelantan, Raja Ahmad Mohzanuddin Shah memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak membantah permohonan itu.
Turut bersidang hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zainun Ali, Datuk Ramly Ali, Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Zaharah Ibrahim.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan Persekutuan memberitahu mahkamah bahawa kerajaan Persekutuan mahu mengambil bahagian dalam permohonan Gerakan itu.
Perkara itu kemudiannya dibawa untuk pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Khainur Aleeza Ismail selepas Harpal Singh memaklumkan mahkamah tarikh perbicaraan pada 15 Okt yang ditetapkan mahkamah sebelum itu bagi mendengar permohonan Gerakan tidak sesuai kerana peguam utamanya Datuk Gopal Sri Ram sibuk pada hari itu.
Khainur Aleeza kemudian menetapkan permohonan bagi kebenaran untuk mencabar kesahihan undang-undang hudud di bawah perlembagaan pada 20 Okt.
Beliau juga memerintahkan semua pihak dalam perkara itu untuk mengemukakan penghujahan bertulis dan dokumen mahkamah yang lain menjelang 6 Okt.
Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong berkata mereka juga memohon supaya Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menarik diri daripada mendengar perkara itu memandangkan beliau adalah penasihat kepada Mahkamah Syariah Kelantan.
Sebelum itu, Yong memberitahu pemberita, Gerakan tidak membantah permohonan kerajaan Persekutuan untuk menjadi pencelah kerana menurutnya Peguam Negara berhak untuk campur tangan kerana ia membabitkan isu perlembagaan.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menyokong afidavit itu menyatakan kerajaan Persekutuan mahu menjadi pencelah dalam perkara itu kerana pengisytiharan yang dibuat oleh Gerakan melibatkan isu perlembagaan dan juga kesahihan undang-undang yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Katanya asas permohonan Gerakan untuk mencabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud yang dipinda dan diluluskan DUN Kelantan pada 19 Mac tahun ini.
Mohamed Apandi berkata permohonan Gerakan adalah untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah mengikut Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Perkara 128 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya menurut Gerakan, DUN Kelantan tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal Seksyen 4 hingga Seksyen 34 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang berada di bawah bidang kuasa eksklusif Parlimen untuk menggubal mengikut Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan.
Tiga anggota Gerakan iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie memfailkan saman permohonan itu pada 8 Mei tahun ini bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan undang-undang hudud di bawah perlembagaan.
Mereka menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai responden dalam notis usul itu.
Bernama
Thu Sep 17 2015

Perkara itu kemudiannya dibawa untuk pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Khainur Aleeza Ismail selepas Harpal Singh memaklumkan mahkamah tarikh perbicaraan pada 15 Oktober. - Gambar Fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan - Hadi
Abdul Hadi berkata Pas sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit.

Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau
Penyandang Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau mengingatkan kepada semua ahli supaya fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding pemilihan parti.

Tiada keperluan debat projek tambak laut Pulau Pinang Selatan - Kon Yeow
Tiada keperluan untuk berdebat berhubung Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) kerana segala pertikaian mengenainya sudahpun dibincangkan secara panjang lebar sebelum ini.

PRU15: Presiden Gerakan sahkan bertanding di Pulau Pinang
Bagaimanapun, Dominic Lau masih merahsiakan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya.

PRU15: Calon kuasai bahasa Melayu dengan baik pilihan Gerakan - Dominic
Hanya mereka yang mengusai kemahiran bahasa Melayu dengan baik akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Dr Dominic Lau.

Gerakan sarankan kerajaan kekalkan hukuman mati atas kesalahan jenayah kejam
Jenayah seumpama itu perlu mendapatkan hukuman setimpal terutama melibatkan kes kehilangan nyawa mangsa.

PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KEMAS gerakkan 1,256 sukarelawan bantu mangsa banjir
207 premis Tabika, Taska dan Pusat Kegiatan KEMAS di seluruh negara sudah dikenalpasti terjejas akibat banjir yang melanda.

PRN Melaka: Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi
Situasi ini juga bakal memberi peluang yang sama rata kepada semua parti untuk meraih kemenangan.

MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik
Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat segala persoalan itu dapat diselesaikan atas kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong.