ARAU: Kerajaan perlu banyak memberikan tumpuan kepada pewujudan ekonomi baharu bagi menampung keperluan ramai golongan muda untuk memasuki sektor pekerjaan di negara ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata sepanjang penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) setakat ini termasuk di Perlis pada Sabtu, kebanyakan maklum balas diterima pihaknya daripada golongan belia berkaitan peluang pekerjaan selain pendidikan.
"Edisi kali ini di Perlis merupakan kelapan (Kembara JOM), kebanyakan maklum balas yang kita terima daripada golongan belia adalah berkaitan peluang pekerjaan, gaji, kemudahan fasiliti dan pendidikan bagi menampung keperluan mereka," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Kembara JOM peringkat Perlis di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini pada Sabtu, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis Wan Zikri Afthar Ishak.
Sehubungan itu, Adam Adli mengharapkan input diterima melalui penganjuran Kembara JOM yang dijangka berakhir September ini dapat menghasikan dasar yang memberikan manfaat kepada golongan belia di negara ini.
"Kita akan teruskan kembara ini ke destinasi seterusnya dengan harapan kita boleh tamatkan keseluruhan pada September ini bagi membuat dasar-dasar yang disuarakan oleh golongan belia melalui program ini," katanya.
Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ini sempena Kembara JOM di Perlis memaklumkan kembara itu menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasakan pembangunan belia seiring dengan hasrat dan aspirasi dalam kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).
Menurut KBS, Kembara JOM merupakan platform terbaik bagi pihak berkepentingan belia antaranya untuk mereka mendapatkan maklum balas dan pandangan tentang pelan transisi kepimpinan belia serta meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan Akta 668 dan pindaan 2019.
"(Selain itu) meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai hala tuju belia dan kepimpinan belia negara dan mendapatkan maklumat terkini untuk merangka program dan aktiviti pembangunan belia yang menyeluruh, inklusif dan komprehensif," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan antara kandungan utama pindaan Akta 668 ialah penurunan definisi had umur belia kepada 30 tahun, penetapan had umur ketua ataupun pemegang jawatan pertubuhan belia iaitu 18 hingga 30 tahun dan mengehadkan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat tahun.
"Pindaan Akta 668 telah diluluskan di Parlimen pada 2019 dan akan berkuat kuasa 1 Jan 2026," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Adam berkata, kebanyakan maklum balas yang diterima daripada golongan belia adalah berkaitan peluang pekerjaan, gaji, kemudahan fasiliti dan pendidikan. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kerajaan perlu tumpu pewujudan ekonomi baharu tampung keperluan golongan muda
Kebanyakan maklum balas yang diterima daripada golongan belia adalah berkaitan peluang pekerjaan, gaji, kemudahan fasiliti dan pendidikan.