KUALA LUMPUR: Penularan pantas beberapa subvarian baharu COVID-19 yang dikesan di beberapa buah negara sudah tentu membangkitkan kebimbangan masyarakat negara ini terutama dengan jangkaan kehadiran pelancong dari China dalam jumlah besar ke Malaysia berikutan pembukaan sempadan negara itu sejak 8 Januari lepas.
Negara tanah besar China itu berhadapan gelombang besar COVID-19 akibat varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.
Laporan terkini menyebut di Henan (wilayah ketiga paling padat di China) sahaja, hampir 90 peratus penduduknya iaitu sekitar 88.5 juta daripada jumlah penduduk seramai 99.4 juta, dijangkiti COVID-19.
Di samping itu, Amerika Syarikat dan Eropah kini bergelut dengan lonjakan kes COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron, XBB.1.5 yang dikenali dengan nama 'Kraken' yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19.
Susulan kepada situasi berkenaan, banyak pihak mendesak kerajaan Malaysia mengambil langkah wajar yang lebih serius bagi memastikan kesemua pelancong patuh dengan Standard Prosedur Operasi (SOP) dan arahan ditetapkan bagi memastikan virus pembawa penyakit berjangkit COVID-19 itu dapat dikekang penularannya.
TUTUP PINTU SEMPADAN?
Mengulas mengenai isu ini, pakar kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan penutupan semula pintu sempadan negara kerana ia adalah langkah terbaik yang boleh dilaksanakan ketika ini bagi membendung subvarian baharu yang sedang menular pantas.
Beliau berpandangan, cadangan kerajaan memperketatkan saringan COVID-19 di pintu masuk sempadan negara tidak dijamin selamat dan negara perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sehingga memaksa kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Untuk rekod, kes pertama COVID-19 (sebelum ini dikenali sebagai 2019-nCOV) dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.
"Melakukan saringan COVID-19 ke atas pelancong luar adalah langkah kawalan sedia ada dan ia telah pun dibuat sebelum ini dan saya berpandangan ia perlu ada penambahbaikan.
"Menteri Kesihatan juga perlu uar-uarkan kepada orang awam apa solusi terbaik yang akan dilakukan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan pelancong yang positif virus COVID-19 lolos masuk ke negara ini,'' katanya kepada Bernama.
Menurut Dr Hanafiah lagi, kerajaan seharusnya merangka mekanisme terbaik menangani penularan COVID-19 bagi menjamin keselamatan rakyat selain memastikan tidak berlakunya lonjakan kes sehingga mengakibatkan sekatan pergerakan sepertimana sebelum ini.
"Setakat ini, saya tidak nampak sebarang inisiatif terbaharu yang akan dibuat Kerajaan Perpaduan sekiranya kes naik mendadak susulan kewujudan pelbagai varian baharu COVID-19 di beberapa negara luar termasuk China.
"Pastinya rakyat tertunggu-tunggu apakah jaminan ditawarkan kerajaan sekiranya jumlah kes naik mendadak berpunca daripada kes import memandangkan mereka bimbang sekiranya terpaksa berdepan lagi dengan PKP, " katanya.
Pada Rabu lepas (4 Januari), jemaah menteri memutuskan untuk tidak menguatkuasakan sekatan pelancong asing dari negara tertentu di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara dan susulan itu kerajaan akan memperketatkan kawalan sedia ada di pusat Imigresen.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Isnin (9 Januari) berkata, SOP kemasukan pelancong asing di semua pintu masuk antarabangsa adalah kekal dan sebarang keputusan mengenai SOP baharu hanya akan dibuat berdasarkan data terkini COVID-19.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tidak menjangkakan berlaku lonjakan kes baharu COVID-19 semasa musim perayaan ini.
Menurut beliau, berdasarkan pengalaman setelah sempadan negara dibuka semula pada 1 April 2022 iaitu pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Krismas telah dilalui serta rakyat Malaysia kembali dari tanah suci, malah ketika Pilihan Raya Umum ke-15, tidak berlaku lonjakan kes.
"Pengalaman kita pada 1 April lepas, pada permulaan kita tidak yakin kes dapat dikawal dengan baik tapi ternyata tempoh masa lebih lapan bulan telah menunjukkan kes dapat dikawal dengan baik walaupun dah buka semua sempadan, semua sektor dan membenarkan semua perayaan dan perhimpunan," katanya dalam Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan Bersama Media di Kuala Lumpur semalam (10 Januari).
Beliau menambah, kes baharu COVID-19 dalam negara menunjukkan trend penurunan iaitu kurang 500 kes baharu dicatatkan setiap hari dalam tempoh dua minggu lepas, berbanding antara 3,000 ke 4,000 kes beberapa bulan sebelum ini.
Beliau berkata vaksin yang digunakan juga dilihat masih mampu memberi perlindungan daripada jangkitan COVID-19.
RUJUK PENGALAMAN TERDAHULU
Bagi pensyarah Pusat Sains Liberal Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof, beliau berpandangan, walaupun tiada langkah drastik diambil buat masa ini berikutan jangkitan kes masih lagi terkawal, namun Kerajaan Perpaduan masih melihat virus COVID-19 sebagai ancaman kesihatan.
Pengalaman kerajaan terdahulu menangani COVID-19 pastinya akan digunakan sebaik mungkin kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memutuskan tindakan sesuai membendung wabak berkenaan.
"Malaysia setakat ini menunjukkan trend jangkitan yang masih rendah sekitar 300 ke 500 kes harian berbanding tahun lepas (2022). Kes harian baharu COVID-19 negara pernah merekodkan kes harian melebihi 33,000.
"Kritikaliti kerajaan waktu ini tidak sama ketika kes harian mencecah puluhan ribu kes. Sekiranya ada pihak melihat kerajaan baharu tidak komited atau tidak serius menangani COVID-19 adalah tidak tepat kerana langkah agresif akan diambil kerajaan berdasarkan indikator tertentu yang digunakapakai sebelum ini apabila kes menunjukkan semakin serius,'' katanya.
Namun begitu katanya, memutuskan pelaksanaan PKP bukan satu jalan penyelesaian muktamad, sebaliknya langkah pencegahan awal adalah solusi tepat bagi mengekang jangkitan virus berkenaan.
Menurut Muhammad Izmer, langkah pencegahan itu termasuk kembali mengamalkan SOP seperti pemakaian pelitup muka, basuh tangan secara kerap serta pengambilan vaksin dan dos penggalak COVID-19.
''Kerajaan juga perlu kerap memberikan maklumat berhubung situasi terkini COVID-19 selain sentiasa memberikan peringatan kepada rakyat untuk menjaga kesihatan kendiri.
''Vaksinasi juga penting meskipun masih ada kes jangkitan tetapi kematian akibat virus itu bukan lagi isu utama kerana ramai yang dijangkiti berada pada tahap satu dan dua sahaja kerana kebanyakannya lengkap divaksin,'' katanya.
KAJIAN VAKSIN
Menyentuh mengenai keberkesanan vaksin, Dr Hanafiah pula menyarankan agar kerajaan melakukan kajian lebih terperinci mengenainya bagi mengembalikan keyakinan rakyat mengambil vaksin sebagai perlindungan daripada jangkitan virus tersebut.
Ini berikutan peratusan individu yang mengambil dos penggalak berada pada tahap kurang memberansangkan walaupun orang ramai boleh hadir tanpa janji temu di beberapa klinik swasta.
Setakat ini, hanya 49.8 peratus rakyat negara ini mendapatkan vaksin dos penggalak pertama dan 1.9 peratus sahaja sudah mengambil dos kedua.
"Seperti kita maklum vaksin ini sebagai perlindungan, meskipun mereka yang divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID-19 tetapi ia mengurangkan kesan jangka panjang jangkitan itu.
" Bagi saya kajian dalaman perlu dibuat untuk melihat tahap keberkesanan vaksin sekali gus mengambil kira kebimbangan rakyat mengenai kesan sampingannya selain pihak berkenaan perlu turun padang dan ambil maklum balas kenapa mereka yang mengambil vaksin sebelum ini tidak mendapatkan dos penggalak sebagai perlindungan seterusnya,'' katanya sambil menambah, kebanyakan golongan dewasa tidak mahu mengambil dos penggalak kerana dilihat tiada keperluan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023

Ia adalah langkah terbaik yang boleh dilaksanakan ketika ini bagi membendung subvarian baharu yang sedang menular pantas. - Foto Facebook/Malaysia Airports
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.