JELI: Kerajaan perlu meneliti secara terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat berkaitan cadangan pengambilalihan Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) termasuk oleh Petronas .
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata pelbagai pihak telah memberikan cadangan kepada kerajaan berhubung perkara berkenaan.
"Cadangan tersebut perlu pertimbangkan dengan teliti. Satunya implikasi kewangan, kita cukup faham industri oil and gas ini.
"Sapura merupakan (antara) syarikat terbesar dunia dalam perkhidmatan minyak dan gas jadi sebarang bantuan kalau tak melibatkan duit kerajaan (sekali pun), Petronas milik kerajaan. Kerajaan kena tengok dengan teliti sebelum buat keputusan, kita sedia maklum banyak industri terjejas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jambatan di Kampung Sungai Nibong, Kuala Balah, di sini hari ini.
Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pengambilalihan Petronas ke atas Sapura Energy.
Cadangan tersebut dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta supaya Petronas mengambil alih Sapura Energy dalam sesi Debat Perdana bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.
BACA: Debat Perdana: Najib syor Petronas ambil alih SEB
Sapura Energy mengalami masalah kemelut hutang ekoran ketidaktentuan industri minyak dan gas kesan pandemik COVID-19.
Mustapa berkata meskipun Sapura antara syarikat gergasi perkhidmatan industri minyak dan gas di dunia, terdapat 4,000 lagi syarikat berkaitan minyak dan gas di negara ini.
Beliau berkata kerajaan juga sedia maklum banyak industri yang terjejas termasuk industri minyak dan gas.
Muhafandi Muhamad
Sat May 14 2022

Mustapa berkata kerajaan juga sedia maklum banyak industri yang terjejas termasuk industri minyak dan gas. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Kerajaan perlu teliti cadangan pengambilalihan Sapura Energy oleh Petronas - Tok Pa
Pelbagai pihak telah memberikan cadangan kepada kerajaan berhubung perkara berkenaan.

Debat Najib-Anwar: Dah setuju kata nak buat lepas raya, apa pusing orang PKR ni? - Isham Jalil
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk menguruskan perkara tersebut.

Selepas Najib, Khairuddin pula gesa kerajaan selamatkan Sapura Energy
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan SEB merupakan perniagaan strategik negara yang mempunyai 4,000 vendor utama selain ia adalah syarikat yang dimiliki dana rakyat.