KUALA LUMPUR : Pentadbiran baharu perlu membuktikan kemampuan untuk memperkenal dan melaksanakan dasar-dasar perpaduan dalam usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, soal perpaduan dan harmoni antara kaum adalah sangat penting dan perlu diutamakan khususnya di Malaysia, sebuah negara berbilang bangsa dan agama.
Tambahnya, Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 perlu diutamakan dan diteruskan bagi memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia terus utuh dan kukuh.
"Saya harap isu berkaitan perpaduan ini akan diberikan perhatian berat dan juga keutamaan oleh pentadbiran baharu. Ini kerana perpaduan adalah penentu kepada kejayaan negara Malaysia, kelangsungan hidup negara kita dan bagaimana kita sebagai negara berbilang kaum dapat hidup dalam aman dan damai," katanya ketika ditemu bual dalam Buletin Astro AWANI Khas, pada Ahad.
Sementara itu, beliau tidak nafikan bahawa pentadbiran baharu yang kini diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan menghadapi pelbagai cabaran seperti isu kesihatan, ekonomi dan kesejateraan rakyat.
"Adalah (menjadi harapan) agar semua isu rakyat ini dapat ditangani secara berkesan oleh pentadbiran baharu dengan kerjasama semua ahli-ahli Parlimen. Ini kerana, kita tahu bahawa isu-isu berkaitan kesihatan awam, ekonomi dan kesejahteraan rakyat semua ini seharusnya dibawa ke Dewan Rakyat.
"(Di Dewan Rakyat), semua ahli-ahli Parlimen boleh berbincang, berikan idea yang terbaik untuk membantu kerajaan untuk menangani isu tersebut," katanya.
Lam Thye turut menegaskan, isu berkaitan politik perlu diketepikan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan berharap dengan persidangan Dewan Rakyat pada bulan September akan datang, sebaliknya isu rakyat, ekonomi dan kesihatan berkaitan pandemik COVID-19 akan dibahaskan untuk mencari jalan penyelesaian yang berkesan.
Sebelum ini, Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Februari 2021.
Rangka tindakan itu dihasilkan bagi menyokong strategi-strategi dalam dasar perpaduan negara serta menetapkan aspirasi perpaduan dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Tiga objektif utama ditetapkan dalam dasar berkenaan iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat-menghormati dan bertanggungjawab; dan melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.
Eton Khir
Sun Aug 22 2021
![Kerajaan perlu buktikan kemampuan, terus laksanakan dasar perpaduan Kerajaan perlu buktikan kemampuan, terus laksanakan dasar perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629620076_Leelamthye.jpg)
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, soal perpaduan dan harmoni antara kaum adalah sangat penting dan perlu diutamakan khususnya di Malaysia, sebuah negara berbilang bangsa dan agama. - Bernama
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![10,000 sertai Community Safety Run PDRM 10,000 sertai Community Safety Run PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720408329_PDRMRun.jpg)
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
![Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720224358_tbAstro.jpg)
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
![Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719482031_TBMediaBadminton.jpg)
Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua
Astro memenangi kejohanan Allianz Media Badminton mereka yang kedua dengan menewaskan juara bertahan dan pemenang dua kali New Straits Times Press (NSTP) 2-1.
![Musim bola, layan ‘ori’, baru puas hati! Musim bola, layan ‘ori’, baru puas hati!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719285581_Altimet.jpg)
Musim bola, layan ‘ori’, baru puas hati!
Astro BizOne Watch Party diteruskan, meraikan premis makan minum yang menggunakan perkhidmatan Astro untuk menyiarkan kandungan secara sah, dalam usaha menyebarkan mesej Layan Ori, Jangan Curi!
![Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717140390_artis.jpg)
Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine
Nabil Ahmad mengharapkan agar berlaku gencatan senjata di Palestin kerana tidak mampu melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat-rakyat di negara itu.
![Bekas penyanyi, pengacara Nabil Zamanhuri meninggal dunia Bekas penyanyi, pengacara Nabil Zamanhuri meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716696602_NabilZamanhuriNab.jpg)
Bekas penyanyi, pengacara Nabil Zamanhuri meninggal dunia
Berita tersebut disahkan oleh kakaknya, Najihah Zamanhuri menerusi satu hantaran di platform Facebook.
![Astro Kem Badminton mampu jadi nadi, platform bina bakat berkesan Astro Kem Badminton mampu jadi nadi, platform bina bakat berkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716619907_euansmith.jpg)
Astro Kem Badminton mampu jadi nadi, platform bina bakat berkesan
Astro Kem Badminton mampu menjadi antara nadi utama sukan berkenaan dalam mewujudkan impak sosial positif dan pembinaan bakat yang berkesan.
![Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716539274_TBMalaysiaPalestine.jpg)
Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.
![Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2 Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715767640_TBUEFA.jpg)
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
![Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715509709_KakaAzraff.jpg)
Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show
Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.