KUALA LUMPUR: Malaysia, melalui Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) yang baru ditubuhkan dengan diteraju Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mempercepat pembolehan ekosistem kenderaan cekap tenaga (EEV) supaya negara kekal kompetitif dengan negara serantau lain.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata masa depan mobiliti elektrik Malaysia serta manfaatnya bagi pengguna dan alam sekitar terletak pada perkongsian kolaboratif merentas industri dalam satu ekosistem yang diperkasakan.
"Jemaah Menteri telah menimbang dan bersetuju untuk menambah baik struktur tadbir urus Pasukan Petugas EV Kebangsaan (NEVTF) dengan mewujudkan Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsan (NEVSC).
"Kita mahu menyelaraskan pemahaman dan hala tuju semua pihak berkepentingan supaya kita dapat membentuk sebuah sinergi kerjasama yang padu dalam menjayakan inisiatif nasional kenderaan elektrik berdasarkan pendekatan keseluruhan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Green EV Charge Sdn Bhd (GEV) dan PLUS Malaysia Bhd di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata jawatankuasa Pemandu ini diterajui oleh MITI dan diwakili oleh pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan pihak industri yang berkaitan.
NEVSC juga akan dianggotai oleh Kementerian Kewangan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Pengangkutan; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Perumahan dn Kerajaan Tempatan (KPKT); dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), katanya.
"Saya benar-benar berharap untuk bekerjasama dengan semua menteri dan juga pegawai mereka di peringkat pengurusan tertinggi. Tujuan utamanya adalah kita menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai pelaksanaan ekosistem EEV secepat mungkin.
"Setakat ini, kita ada lebih kurang 1,000 stesen pengecas. Sasaran kita adalan mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 stesen pengecas menjelang 2025," katanya.
Terdahulu ketika berucap, Zafrul berkata usaha meletakkan Malaysia sebagai negara proindustri, propelaburan dan properdagangan di samping memastikan kepentingan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta warga Malaysia sentiasa dilindungi untuk memupuk pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan menyeluruh, kekal penting dan menjadi keutamaan pihaknya.
"Selagi saya menjadi Menteri di MITI, anda memiliki jaminan saya iaitu MITI akan melakukan sebaik mungkin untuk menyediakan dasar dan kerangka pengawalseliaan yang sewajarnya untuk merealisasikan objektif negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Tengku Zafrul berkata, masa depan mobiliti elektrik Malaysia serta manfaatnya bagi pengguna dan alam sekitar terletak pada perkongsian kolaboratif merentas industri dalam satu ekosistem yang diperkasakan. - Foto fail/BERNAMA
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
AWANI Pagi: Lindungi Anak Dari Sentuhan Tidak Selamat
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Tengku Yasmin Nastasha, Jurucakap, Children’s Protection Society yang akan membincangkan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan cara menangani sentuhan tidak selamat.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Bagan Datuk bakal muncul hab automotif baharu - TPM Ahmad Zahid
Sebuah syarikat China telah menyatakan hasrat untuk membuka kilang pemasangan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) bagi pasaran eksport dan memerlukan tanah seluas 40 hektar bagi tujuan itu.
Syarikat pengeluar EEV bakal terima lesen dua bulan lagi
Kerajaan akan mengeluarkan lesen pengeluaran Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kepada sebuah syarikat asing dalam masa dua bulan lagi.