IPOH: Kerajaan Perak sentiasa menyokong usaha dan penghasilan produk inovasi dan akan berusaha membantu mengkomersialkan produk baharu tersebut, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata usaha terbabit akan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi tujuan dipatenkan dan didaftarkan sebelum dapat memasarkannya.
"Pertama kena patenkan dahulu, sebelum paten perlu buat penambahbaikan dan kita akan cari satu GLC untuk mendaftarkan ia untuk dipasarkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 di sini pada Rabu.
Terdahulu dalam ucapannya Saarani berkata penganjuran Hari Inovasi menyasarkan penyertaan khususnya dalam kalangan penjawat awam, namun tahun ini empat kategori baharu dibuka melibatkan institusi pengajian tinggi, sekolah menengah dan rendah serta akar umbi.
"Kerajaan Negeri sedar bahawa semangat berinovasi ini perlu dititikberatkan seawal di bangku persekolahan atau seawal usia supaya lebih ramai insan dinamik dan berdaya cipta dapat dilahirkan," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri turut menaikkan hadiah kemenangan sekali ganda berbanding tahun lepas dengan Johan akan membawa pulang RM10,000, naib johan RM8,000 dan ketiga RM5,000.
Sementara itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak dinobatkan sebagai juara utama bagi Anugerah Inovasi Menteri Besar (AIMB) melalui projek inovasi teknologi lestari bumi hijau dengan mengitar semula sisa kapur karbida untuk penghasilan kalsium karbonat (PPC) sebagai bahan pengisi dalam pembuatan cat komersial.
Inovasi itu adalah teknik menukarkan sisa industri gas asitilena iaitu kapur karbida menjadi batu kapur sintetik yang bergred tinggi dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta piala iringan bagi AIMB selain turut memenangi Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau dengan hadiah RM10,000.
Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dalam acara tahunan itu iaitu Anugerah Inovasi Terbuka (AI Terbuka); Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau (AILBH); Anugerah Inovasi Pejabat Daerah dan Tanah (AIPDT); Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT); Anugerah Inovasi Institut Pengajian Tinggi (AIIPT); Anugerah Inovasi Akar Umbi (AIAU), Anugerah Inovasi Sekolah Menengah (AISM) dan Anugerah Inovasi Sekolah Rendah (AISR).
Kategori AI Terbuka dimenangi Markas Udara Tentera Laut Diraja Malaysia, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah pula menjuarai kategori AIPDT manakala Majlis Daerah Tanjong Malim menang kategori AIPBT.
Kategori AIIPT diungguli oleh Institut Latihan Perindustrian Perak, Persatuan Inventif Bagan Datuk Perak muncul juara bagi kategori AIAU manakala kategori AISM disandang SMK Seri Samudera dan SK Marian Convent Kinta Utara juara bagi kategori AISR.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Saarani berkata, usaha terbabit akan dilaksanakan dengan kerjasama GLC bagi tujuan dipatenkan dan didaftarkan sebelum dapat memasarkannya. - Foto fail/SUK Perak
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47.
Kepresidenan Trump: Jangka sesuatu luar jangkaan
walaupun Trump diramal akan fokus dengan agenda America First, namun situasi semasa pentadbiran pertamanya dahulu berbeza dengan realiti ketika ini.
Anwar bertemu pemimpin EU perkukuh hubungan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di Belgium pada Isnin.
Malaysia, EU sambung semula rundingan perjanjian perdagangan bebas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Urusula von der Leyen mengumumkan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA), sekali gus melakar detik bersejarah bagi hubungan kedua-dua pihak.
MEUFTA: MITI sambut baik penyambungan semula
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
RUU pekerja Gig dibentangkan parlimen akan datang
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merancang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada sidang Parlimen akan datang dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 21 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
BioProtein Powder juara INNOVATHON 2, raih RM100,000
Inovasi yang dihasilkan oleh Prof Dr Azizi Ayob memperkenalkan teknologi baharu untuk menukarkan bioprotein cair kepada bentuk serbuk.
Kerajaan Perak galak penghasilan produk inovasi, komersialkan dengan bantuan GLC - MB
Usaha terbabit akan dilaksanakan dengan kerjasama GLC bagi tujuan dipatenkan dan didaftarkan sebelum dapat memasarkannya.
Galah Tuis memang anugerah HBNCRIIA 2020
Galah Tuis memudahkan proses membalut buah di tempat yang tinggi dan sukar untuk dicapai menggunakan tangga.