Kerajaan Negeri Sembilan masih lagi berbincang dengan peguam sebelum mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah negeri itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata kerajaan negeri sedang meneliti perkara itu daripada segenap segi sebelum memfailkan rayuan yang dijangka akan dibuat sebelum 6 Disember ini.
"Kita mahu memfailkan satu kes yang kuat," katanya seperti dipetik oleh Bernama.
Menurut Mohamad, rayuan itu nanti akan menyentuh dua aspek iaitu rayuan terhadap hukuman yang dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dan kedua, kedudukan peruntukan dalam enakmen tersebut yang diisytiharkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Rayuan pada 7 November membenarkan rayuan tiga jurumekap pengantin yang mencabar kesahihan peruntukan enakmen itu dari sudut Perlembagaan Persekutuan.
Tiga jurumekap itu, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, itu didakwa di bawah enakmen berkenaan kerana berpakaian wanita di tempat awam.
Mereka berhujah enakmen itu tidak memberi pengecualian kepada mereka yang disahkan oleh pakar perubatan sebagai mengalami kecelaruan identiti gender.
Hujah mereka dalam rayuan itu tidak dibantah oleh peguam yang mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Pengarah Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Ketua Pegawai Penguatkuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus memutuskan seksyen itu bertentangan dengan Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.
"Jadi dua perkara yang kita akan merayu ialah mengenai keputusan hukuman itu dan jika tidak ditangani dengan baik, ia akan membawa satu keadaan yang akan terjadi sesuatu yang amat tidak baik kepada kesucian agama Islam di negara.
"Bagi Seksyen 66, kita akan pastikan ia tidak dibatalkan seperti mana yang diputuskan dalam penghakiman rayuan itu," kata Mohamad kepada Bernama.
Astro Awani
Sat Nov 29 2014

Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung isu itu dijangka akan difailkan sebelum 6 Disember ini.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kerajaan NS masih bincang rayuan kes mak nyah berpakaian lelaki
Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan itu dijangka akan difailkan sebelum 6 Disember ini.