KUALA LUMPUR:Kerajaan negeri Selangor tidak menolak insiden kes terbaharu pencemaran bau di Loji Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di sjni sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1,2 dan 3 dihentikan tugas akibat perbuatan sabotaj.

Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal Selain Islam (HESI), Hee Loy Sian, kemungkinan itu merupakan dapatan yang diperoleh hasil daripada siasatan awal yang dilakukan di lokasi pencemaran.

"Sisa industri ini, saya tidak menafikan sebab ini berlaku kerana semasa kita buat pemantauan 24 jam. Pada pukul 2 pagi pula bacaan di sungai adalah 0 ton, ini dilakukan oleh LUAS (Lembaga Urus Air Selangor).

"Pada 4 pagi, LUAS juga telah melakukan pemeriksaan dan mendapati 0 ton. Pada 7 pagi pula, LUAS buat ujian di Sungai Sembah kerana ini (pencemaran) mengalir ke Sungai Sembah pada bacaan 0 ton.

"Jadi kejadian ini tidak berlaku sebelum jam  7 pagi, tetapi dipercayai berlaku di antara pukul 7 hingga 10 pagi," katanya dalam sidang media di Loji Kumbahan IWK Taman Volex, di sini pada Selasa.

BACA: Bahan tercemar dikesan dibuang di Loji Rawatan Kumbahan di Taman Velok, Rawang

BACA: 1,279 kawasan di Lembah Klang alami gangguan air bermula 6 petang ini

BACA: 
Pencemaran bau: Loji Rawatan Air Rantau Panjang henti tugas