KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu sedang mengenal pasti mekanisme terbaik bagi membantu penjaja jalanan dan yang berniaga di persimpangan lampu isyarat.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman berkata, ia berikutan penguatkuasaan larangan menjaja yang bakal dilaksanakan selepas Ramadan ini.
Menurutnya, sebelum larangan itu dikuatkuasakan, pihaknya akan melakukan perbincangan dengan pengusaha dan penjaja yang terlibat.
"Walaupun pandemik masih ada, tetapi ruang ekonomi telah terbuka luas. Jadi, untuk yang menyalahi Akta Kesalahan Kecil Jalan Raya ini, kita akan kuat kuasa selepas kita bertemu pengusaha, tetapi cadangannya selepas bulan Ramadan," katanya.
Beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan telah menguatkuasakan larangan menjaja di tepi jalan dan di persimpangan lampu isyarat dengan mengenakan saman serta kompaun.
Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan mengikut Akta Lalu Lintas dan Jalanraya 1959 di mana sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000.
Nur Fazlizai Ali
Wed Mar 16 2022

Beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan telah menguatkuasakan larangan menjaja di tepi jalan dan di persimpangan lampu isyarat. - Foto Astro AWANI
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.

Kerajaan Negeri Terengganu cari mekanisme bantu penjaja jalanan
Penguatkuasaan larangan menjaja di jalanan dan persimpangan lampu isyarat bakal dilaksanakan selepas Ramadan.

Penjaja di lampu isyarat muncul kembali
Pemandu mempunyai titik buta yang menyukarkan mereka mengesan kehadiran penjaja, sekali gus membahayakan golongan tersebut yang terdedah kepada risiko kemalangan.

4 trend ini buktikan Malaysia sudah dalam 'Normal Baharu'
4 trend ini buktikan Malaysia sudah dalam 'Normal Baharu'