Kerajaan Negeri Sabah tidak bersikap pilih bulu dalam menambah baik prasarana pembangunan di daerah yang 'dikemudi' pembangkang di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong berkata, ia bukanlah menjadi masalah memandangkan kepentingan rakyat harus diutamakan dalam membangunkan sesuatu daerah itu.
"Kalau kita menjurus kepada kepentingan rakyat, pihak kerajaan atau pembangkang perlu bersama membangunkan daerah ini.
"Sekiranya daerah ini dijaga baik, semua rakyat termasuk wakil rakyatnya di sini boleh senang hati," katanya ketika dalam sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Majlis Daerah Beaufort dan Sipitang.
Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Beaufort yang mempunyai satu kerusi parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi oleh pembangkang manakala di Sipitang pula, dua daripada tiga kerusi termasuk parlimen turut dimenangi oleh pembangkang.
Sementara itu, Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, pengangkutan awam di daerah-daerah terbabit harus menjadi keutamaan dalam usaha menambah baik prasarana semasa.
"Pengangkutan awam sebagai contohnya, mempunyai keperluan untuk diwujudkan dan kerajaan tidak mempunyai masalah untuk mengambil perhatian perkara ini.
"Terminal bas pula sekiranya terdesak, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai sebidang tanah dan wajar untuk dibangunkan," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Sat Jul 28 2018
![Kerajaan Negeri Sabah tidak pilih bulu Kerajaan Negeri Sabah tidak pilih bulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41532747480_DatukJaujan.jpg)
Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, pengangkutan awam di daerah-daerah terbabit harus menjadi keutamaan dalam usaha menambah baik prasarana semasa. - Foto Astro AWANI
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
![Keadaan akan terkawal walau apa juga keputusan PRN Sabah - Jaujan Sambakong Keadaan akan terkawal walau apa juga keputusan PRN Sabah - Jaujan Sambakong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601099323_jaujansambakong.jpg)
Keadaan akan terkawal walau apa juga keputusan PRN Sabah - Jaujan Sambakong
Naib Presiden Warisan itu berkata proses mengundi dan selepas mengundi dalam keadaan terkawal dan harmoni.
![Lucut jawatan pemimpin kampung yang salah guna kuasa Lucut jawatan pemimpin kampung yang salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71467034904_JaujanSambakong.jpg)
Lucut jawatan pemimpin kampung yang salah guna kuasa
Pemimpin akar umbi yang dilantik perlu tahu peranan dan tanggungjawab terhadap kampung masing-masing.