Kerajaan negeri menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan sebarang kebenaran untuk melaksanakan projek Lebuhraya Jelapang-Selama-Batu Kawan (JELAS) seperti yang didakwa sebuah syarikat baru-baru ini.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika diajukan soalan berkenaan berkata, kerajaan negeri langsung tidak tahu mengenai pelan perancangan lebuh raya tersebut.
Beta Mutiara Corporation (BMT) sebelum ini mendakwa kelulusan projek lebuh raya itu telah dimasukkan ke dalam pelan tempatan Majlis Daerah Selama.
Sebaliknya, Zambry mendakwa, tindakan BMT yang tidak mendapatkan kebenaran baik daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mahu pun kerajaan negeri, dilihat seperti sesuatu yang amat terancang.
"Saya telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam (Rabu) untuk mengesahkan perkara berkenaan.
"Kerana, mereka (BMT) cuba untuk mendapatkan beliau kononnya bagi merasmikan Lebuhraya JELAS itu, tetapi beliau sendiri pun tidak tahu, dan menggesa jangan gunakan nama dia.
"Saya ingin tegaskan, bahawa kerajaan negeri tidak bertanggungjawab (dalam projek ini) dan tidak pernah memberi kononnya sebarang perakuan kepada BMT. Tidak ada sama sekali," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ceramah Datuk Ustaz Kazim Elias di SMK Hutan Melintang sempena Pemukiman Daerah Bagan Datuk pada Khamis.
Ulasnya, sebarang perancangan atau perbincangan untuk pembinaan lebuh raya akan dimaklumkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri seperti yang dilakukan dalam proses perancangan Lebuhraya Pantai Barat sebelum ini.
"Saya mendapat banyak maklumat berkenaan kegiatan ini. Lantaran itu bila ada desas-desus perasmian projek oleh menteri, saya terus memeriksa sama ada projek ini diluluskan oleh EPU. Tidak sama sekali.
"Saya tidak ingin membuat tuduhan awal sekiranya terdapat penyelewengan, tetapi kalau dilihat dari segi modus operandi mereka, ia seolah-olah satu gerakan yang begitu terancang," katanya.
Ditanya mengenai tindakan Speaker Kerajaan Negeri merasmikan projek itu, Dr Zambry berkata beliau tidak menyalahkan S Thangeswary yang dilantik ke kerusi itu pada Ogos lalu kerana mengganggap kesilapan itu disebabkan faktor jawatan yang dipegangnya itu masih baru.
"Mungkin mereka datang dan bercerita tentang latar belakang dan atas niat baik, beliau mengganggap ia satu projek dalam negeri Perak, maka beliau bertindak merasmikan.
"Walau bagaimanapun, kita menegur dan akan maklumkan kepada beliau untuk mendapatkan pengesahan daripada kita dan mendapatkan maklum balas daripada kerajaan negeri jika terdapat lagi projek sebegini," katanya.
Dr Zambry berkata sebelum ini sekitar lima tahun lepas, pihak BMT pernah cuba mengemukakan cadangan membina lebuh raya namun diingatkan untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada kerajaan persekutuan.
"Kita akan berbincang dengan LLM dan kerajaan persekutuan untuk tindakan seterusnya kerana tindakan mereka amat serius.
"Malah, mereka turut menggunakan logo LLM di bunting," ujarnya lagi.
Difahamkan, pihak Jabatan Kerja Raya telah menafikan memberi sebarang kebenaran manakala pihak LLM telah membuat laporan polis berkenaan projek JELAS oleh BMT dan kenyataan penafian turut dikeluarkan pada Khamis.
Nazialita Geynna Maharan
Fri Jan 20 2017
Zambry berkata, sebarang perancangan atau perbincangan untuk pembinaan lebuh raya akan dimaklumkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri. - Gambar fail
NIOSH perkenal kursus bantu tingkatkan kesihatan mental penjawat awam
NIOSH menyokong penuh inisiatif kerajaan menangani isu kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam menerusi program khas Kursus Pertolongan Cemas Psikologi Pekerjaan (OPFA).
India, Maldives sahkan semula hubungan rapat dengan lawatan Muizzu
Muizzu tiba di New Delhi pada Ahad untuk lawatan negara selama lima hari.
Usaha semula ladang tidak ditoreh untuk tingkat hasil getah negara - Johari
Ia penting bagi memperkasakan semula industri getah negara sekali gus mengurangkan import getah yang mencecah hampir RM6 bilion.
Datuk Bandar di Mexico dibunuh beberapa hari selepas memegang jawatan
Alejandro Arcos telah dipilih pada Jun sebagai wakil gabungan pembangkang yang termasuk Parti Revolusi Institusi (PRI).
Perpaduan akan bantu ASEAN jadi lebih kompetitif di persada global - Tengku Zafrul
Strategi pertama adalah ASEAN meneroka sepenuhnya potensi perdagangan dengan ekonomi strategik dan sedang pesat membangun.
Tumpuan Selasa – 08 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (7 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Indonesia bawa pulang rakyatnya dari Lubnan
Seramai 20 mangsa yang dipindahkan tiba di Jakarta melalui penerbangan komersial dari Doha ke Indonesia.
359 orang maut di Nigeria dalam tempoh 9 bulan pertama 2024
Bilangan kes disyaki taun di Nigeria juga meningkat kepada 10,837 berbanding 3,387 pada tahun 2023.
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura jalani hukuman penjara
Iswaran mengaku bersalah atas empat pertuduhan memperoleh barangan berharga sebagai penjawat awam dan satu pertuduhan menghalang keadilan.
Kerajaan negeri nafi beri kelulusan projek lebuh raya JELAS
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri langsung tidak tahu mengenai pelan perancangan lebuh raya tersebut.