Kerajaan negeri akan berjumpa dengan agensi kerajaan yang ditegur atas kelemahan dari segi pengurusan dan kawal selia dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2016 Siri Dua yang dikeluarkan pada Isnin.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim berkata perjumpaan itu bertujuan untuk mendapatkan penjelasan daripada agensi yang terlibat.
"Kita akui memang terdapat kelemahan dalam agensi yang terbabit dan antara masalah yang timbul ialah apabila berlakunya peralihan sesebuah kepimpinan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyebabkan berlaku kekosongan hingga menyebabkan terjadinya kecuaian.
"Saya telah menggesa semua kepimpinan PBT untuk sentiasa peka dengan tempoh masa yang diberikan dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu tugas kerana ini perlu bagi menjaga integriti agensi mereka," katanya selepas merasmikan program Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) 5 Brigade Kidstatic Celebration di sini, pada Selasa.
Katanya, di Kedah terdapat 12 PBT yang mana ada di antaranya menunjukkan prestasi memberangsangkan serta cemerlang hingga membolehkan mereka memperoleh anugerah dan ada yang sebaliknya.
Badrol Hisham berkata pegawai-pegawai PBT juga perlu menyuarakan pendapat dan pandangan sekiranya merasakan terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pihak atasan bagi memastikan keseluruhan agensi tidak terjejas.
"Semua pihak dalam PBT perlu memainkan peranan kerana jika ada berlaku kesalahan, ia boleh menyebabkan keseluruhan agensi terkena tempiasnya.
"Saya juga rasa pegawai-pegawai PBT ini perlu diberi peluang untuk berkhidmat di luar kawasan mereka bagi memupuk suasana kerja yang baharu dalam membantu meningkatkan perkhidmatan dalam agensi terbabit," katanya.
Pada Isnin, Laporan Ketua Audit Negara tahun 2016 Siri Dua mendapati berlaku kelemahan dalam pengurusan aktiviti oleh tiga jabatan dan agensi kerajaan negeri Kedah dari segi pengurusan dan kawal selia.
Pengauditan itu dilaksanakan terhadap Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2017
![Kerajaan negeri jumpa agensi ditegur laporan Ketua Audit Negara Kerajaan negeri jumpa agensi ditegur laporan Ketua Audit Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71511857978_LaporanKetuaAudit.jpg)
Pada Isnin, Laporan Ketua Audit Negara tahun 2016 Siri Dua mendapati berlaku kelemahan dalam pengurusan aktiviti oleh tiga jabatan dan agensi kerajaan negeri Kedah dari segi pengurusan dan kawal selia.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerajaan negeri jumpa agensi ditegur laporan Ketua Audit Negara Kerajaan negeri jumpa agensi ditegur laporan Ketua Audit Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71511857978_LaporanKetuaAudit.jpg)
Kerajaan negeri jumpa agensi ditegur laporan Ketua Audit Negara
Kerajaan negeri akan berjumpa dengan agensi kerajaan yang ditegur atas kelemahan dari segi pengurusan dan kawal selia.
![KFA mohon maaf kepada peminat Hijau Kuning berhubung isu tiket KFA mohon maaf kepada peminat Hijau Kuning berhubung isu tiket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41509621123_tiketbola.jpg)
KFA mohon maaf kepada peminat Hijau Kuning berhubung isu tiket
Badrol Hisham Hashim mengakui, kejadian itu tidak dapat dielakkan berikutan jumlah tiket yang ditetapkan kepada Kedah tidak mencukupi untuk menampung jumlah penyokong yang terlalu ramai.
![Kedah: Tidak akan sesekali berkompromi dalam hal pembalakan Kedah: Tidak akan sesekali berkompromi dalam hal pembalakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51450281388_950x600.jpg)
Kedah: Tidak akan sesekali berkompromi dalam hal pembalakan
Kerajaan negeri Kedah menafikan wujudnya aktiviti pembalakan haram di kawasan tadahan air di hutan simpan kekal Ulu Muda, Sik, yang didakwa telah menyebabkan ancaman kepada bekalan air.